إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..kita kena USAHA..




Proses menulis blog bermula. Semalam baru sahaja selesai sesi mengejar. Jadual kelas sudah tersusun kemas walaupun masalah baru sudah muncul petang tadi. Sepanjang minggu pertama pada semester ini, banyak juga kelas yang saya tak masuk sebab tak ada venue. Haiyaaa… tadi baru dapat venue baru. Dan saya rasa saya bakal sesat untuk mencari kelas sebab tempatnya kat Econs. Belum pernah lagi geledah building KENMS tu. Kalau setakat café nya tahu la juga kan. Saya lagi suka kalau dapat kelas kat Engin or KAED, sebab dah biasa ngan tempat tu dan dekat nak balik bilik. Heeee…


Esok ada mass gathering untuk Psikologi. Kalau ikutkan hati, malas je nak pergi tapi kalau ikut akal yang waras, mesti kena pergi. Semester ni saya sangat bersemangat nak belajar walaupun tak semua subjek saya ada kawan dalam kelas tu. Malam ni saya nak sambung kemas bilik. Sikit je lagi. Sungguh, minggu ini saya terasa sangat penat. Letih dah pusing-pusing UIA ni. Dah la tu selalu sesat kat IRK walaupun pergi berkali-kali. Pelik sangat building nya. Haha..


Semester ini saya terlebih bersemangat nak belajar sebab nak declare major. Bersemangat duk depan sekali dalam kelas untuk subjek nak major ni sampai sakit leher sebab kena mendongak pandang board. Kelas saya akan habis kul 6:20 petang setiap hari. Saya dah membayangkan betapa lemah longlai nya bila balik kelas nanti. Tentu perut akan bergendang dan menyanyi lagu bermacam irama bila dalam kelas nanti. Heee..macam-macam betul.


Hari ini dalam sejarah, ada orang cakap saya nampak matang. Selalunya sepanjang di sini, orang selalu ingat saya ni umur 18-19. Wahh teramat muda. Kawan yang tiga tahun lebih muda dari saya pun, tak panggil saya kakak sebab kata mereka, saya memang nampak muda. Heee suka suka suka… tetapi umur sebenar saya bukan lah tua sangat pun. Tak cecah angka 22 lagi ni. Haha..


Sekadar mahu bercerita sikit mengenai semester 1 2010/2011 iaitu semester ketiga saya di UIA dan semester kedua di Kulliyyah, saya hari-hari menghitung senarai subjek dan credit hour. Bukan tak sabar nak masuk second year tetapi saya tak sabar nak tamat belajar walaupun saya plan nak buat minor or double degree di sini. InsyaAllah, kalau jadi, semester hadapan, saya akan mula ambil subjek yang wajib untuk minor yang saya nak tu. Kalau jayyid jidan, dapat la buat minor kos tu. Doakan saya.


Bagi saya, nak dapatkan sesuatu, kita kena usaha. Jangan jemu untuk berusaha dan jangan berhenti berusaha. Hari tu, di kalangan kawan-kawan, credit hour saya la paling sikit iaitu 2. Tetapi setelah melakukan bermacam-macam usaha, my credit hour dah lebih daripada kawan saya. Masa tu saya yakin dan sedar bahawa Allah akan sentiasa membantu kita dan takkan mensia-siakan usaha hamba-Nya. Kita boleh sahaja gagal tetapi jangan sesekali berputus asa. Percaya pada-Nya.


Semoga kawan-kawan semua bersabar dengan dugaan waktu belajar ni. Walaupun mungkin kadang-kadang kita rasa nak putus asa je, cuba bangkit kembali. Ingat satu perkara, kita masih ada banyak masa untuk melakar sesuatu kejayaan tetapi kita juga masih berpeluang untuk merasai kegagalan. Terpulang kepada kita untuk memilih jalan mana dan bagaimana untuk melaluinya. Semoga berjaya untuk semua. Saya doakan kalian. ;-)






Nusrah Walfath: Jangan cepat selesa, jangan cepat putus asa.

..tetapi mungkin nanti..




Kaki sudah rasa macam nak tercabut. Kalau boleh, nak pergi spa sekarang ni. Biar ada orang urut sampai hilang lenguh-lenguh ni. Dah lama tak tulis blog. Macam dah berhabuk blog tu. Kalau online (bukak facebook), tak sempat nak jenguk pun my blog ni. Haiyaaaa..apa la nak jadi ni. Hari ini jari-jari mula rajin nak bergerak setelah kaki-kakiku begitu penat berkejaran. Masih lagi terfikir-fikir nak tulis entri apa kali ini.


Semalam, telah selamat kembali ke UIA. Memang mood rumah lagi ni. Sampai je bilik, dah rasa nak balik. Tapi demi subjek untuk semester ni, kena la tahan dulu. Mula-mula saya fikir, saya malas nak bercerita kat blog ni. Kononnya nak jadi mahasiswa yang berani bersuara tapi kawan saya cakap, jangan cerita benda ni kat blog. So, saya diam je la. Nanti ada pula yang bising.


Permulaan semester kali ini masih lagi perlu berkejaran. Mungkin sebab tu UIA suka guna motto ‘Taman Ilmu dan Budi’. Penggunaan taman sangat sesuai untuk aktiviti kejar-mengejar dan budi pula?? Mungkin sesuai untuk budi ‘tandatangan’ yang telah diberikan. Saya tahu, DI students paling tertekan di UIA ni. Tak ada orang yang boleh merasai apa yang DI rasakan. Anda mungkin boleh bercakap seolah-olah anda berada di tempat DI student, tetapi sampai bila-bila pun anda takkan rasa apa yang mereka rasa.


Saya tak nak cerita pasal DI selagi tak dapat approval dari pihak terlibat. Jadi, just nak cerita pengalaman hari ini. Demi mengejar subjek, untuk pertama kali dalam hidup, saya ponteng kelas pada hari pertama semester baru. Berapa banyak office saya jejak, berapa ramai orang saya terserempak (tapi nak tegur pun memang tak dan, angkat tangan je la), dan paling utama, berapa banyak muka-muka kecewa yang saya hadap. Sungguh, saya sedih dengan apa yang berlaku di sini. Saya langsung tak nampak apa relevannya sistem-sistem yang bijak pandai sudah tetapkan ini.


Paling tidak boleh diterima, bila tengok hati-hati manusia yang rasa sakit hati, kecewa, tertekan. Mungkin perkara ini tidak berlaku kepada saya, juga kepada anda tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk meletakkan diri saya di tempat mereka, sebagai pengalaman untuk saya lalui hari-hari esok. Saya sendiri perlu bersusah payah walaupun saya lebih selesa untuk mendapatkan khidmat Deputy Dean. Berurusan dengan orang atasan sangat mengubat hati saya. Apatah lagi, bila tengok Rektor. ;-)


Bagi saya, di saat tertekan dan sakit hati macam ni, kita jangan mengalah. Don’t simply say ‘ok…thank you’ but please, continue with next reasons if they ask you to go out’. Itu yang saya amalkan tadi. Saya tak peduli kalau betul kaki saya tercabut sebab kejar benda ni, asalkan saya dapat apa yang saya mahukan. Saya tak mahu biasiswa Pa & Ma itu terbazir begitu sahaja. Jangan sampai ada yang mengharamkan duitnya yang telah pihak universiti terima sedangkan mereka bersikap tidak adil kepada para pelajar. Kebenarannya, seorang kawan dah cakap pada saya tadi bahawa dia tak halalkan duit dia tu ditipu begini. Ini baru seorang, kalau ada juga yang lain berkata begitu, saya tak tahu lah.


Ok, kita tinggalkan sahaja isu tersebut. Esok masih perlu meneruskan misi. Banyak lagi perlu diperjuangkan esok. Saya tidak menerima sebarang sms ye. Tadi pun tak sempat nak pegang handphone. Kalau anda sms saya minta tolong apa-apa, saya minta maaf sangat. Saya terlalu busy minggu ni. Selagi masih perlu mngejar, selagi itu saya tak dapat nak berkepit ngan hp. Kecuali kalau betul-betul penting, saya akan reply la sms tu.


Tak tahu apa akan terjadi hari esok. Mungkin akan kecewa lagi, mungkin akan terduduk tengah-tengah jalan lagi. Mungkin juga akan tersenyum. Semoga segala kemungkinan ini akan terubat esok. Masih perlu terus berdoa dan berusaha sedaya yang termampu. Bersusah-susah hari ini, mungkin ada hikmah yang besar pada hari esok. Dan saya akan terus mengingati saat-saat di sini walaupun buat masa sekarang, tidak ada apa yang mampu buat saya rasa bahagia berada di taman ini….tetapi mungkin suatu masa nanti. ;-)






Nusrah Walfath: semalam tengok bola sorang-sorang secara online. Tak best sebab tak de geng. Time tu, terus teringat pada sesi nak berkejaran. Baru sedar bahawa bola tidak sepenting perkara yang saya kejar sekarang. Jadi, saya terus tidur membiarkan hal bola walaupun sudah pukul 4 pagi. ^_^

..surat untuk MAK...




Saya check e-mail tadi. Dalam inbox, ada 543 mail messages yang BELUM dibaca. Banyaknya, tetapi itu memang la saya. Saya bukan jenis yang rajin nak tengok emel apatah lagi nak baca. Kalau saya punya waktu 24jam untuk online sekalipun, saya jarang sekali tengok emel. Cuma apa yang pasti, kembar tersayang saya di Pulau Pinang memang tak pernah putus hantar emel. Kadang-kadang terasa seperti emel saya ceria sebab dia. Ada-ada sahaja benda-benda lucu yang dia share.


Saya tak ada idea sangat nak tulis blog kali ni. Cuma sekadar suka-suka. Visitor di blog saya sudah lebih 600 tetapi follower blog saya masih 22 orang. Kenapa susah sangat nak tekan butang ‘FOLLOW’ tu wahai kawan-kawan? Tahu lah blog saya tak best (ayat pasrah dah ni..). mungkin juga anda semua suka jadi silent reader? Mungkin la kot, kan?


Saya rasa sepatutnya hari tu, waktu buat handbill, saya kena tulis nama blog saya sekali. Ngeeee… promote habis-habis. Sujujurnya, saya tak kisah sangat pun bilangan follower saya, asalkan ada yang sudi baca. Tak nak baca yang mengarut, celoteh yang ntah apa-apa tu pun tak pe, asalkan yang bermanfaat itu sama-sama kita dapat. Baik lah ni ada benda nak share...juga terkandung dalm mail box saya. Walaupun banyak kali baca, tapi tak pernah rasa jemu pun. Mungkin ramai yang dah tahu tetapi baca lah lagi. ^_^



...Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...


Mak.....
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih......

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.......
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.......

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm....bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer...
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak......
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau.....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini......
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak-anak mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la......
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu.....
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ......
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu.....
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil






nusrah walfath: jawapan kepada teki-teki hari itu, tidak akan diberitahu dalam masa terdekat. ;-)

...teka-teki...


Ini cerita semalam. Akhirnya dapat juga saya pulang ke rumah. Hihi.. walaupun semester kali ni saya jadi orang terakhir yang pulang antara kawan-kawan. Tepat pukul 2:10 petang, saya berangkat pulang.Click Me~ Sebelum balik, sempat la singgah makan kat kedai di luar. Nak dijadikan cerita, waktu tengah order makanan, ada seorang kawan call. Hari tu sahaja dah 3-4 kali dia call saya sebab urgent.



Bila orang kedai tu nak bagitahu harga, saya masih lagi bercakap di telefon. Lepas tu, orang tu pun cakap, harganya ‘dua puluh tujuh’. Saya terkejut. Tanya lagi, ‘berapa?’. Dia tetap cakap dua puluh tujuh. Waktu tu otak saya dah mati kutu.Click Me~ Kenapa mahal sangat ni? Order makanan dan dua gelas air pun sampai dua puluh tujuh? At least rm20 logik la jugak. Orang ni betul ke tak?



Time tu juga, saya cakap kat orang tu, “mahalnya!! Air ni satu berapa? Takkan sampai dua puluh tujuh? Nak resit.” Ha. Ha. Time tu juga, saya dengar suara kawan saya kat telefon, katanya, “garangnya! Hahahaha” dengan gelak dia. Mak aii, malunya saya.Click Me~ Terlupa pulak kawan saya masih di talian. Lepas letak telefon, orang tu baru tunjuk harga kat skrin, “RM 20.70sen” hahaha…saya gelak kat situ juga.Click Me~ Saya cakap kat orang tu, cakap lah betul-betul. ‘70sen rupanya, saya ingatkan 7 ringgit’. Ngeeee…orang tu boleh gelakkan saya pulak. Huuu….



Semalam, saya sempat main teka-teki ngan kawan saya. Anda nak jawab ke? Soalan nya sangat senang dan jawapannya lagi la senang. Terlalu senang. Hehe.. kalau nak cuba, sila jawab soalan di bawah yea.:


Click Me~21.6-30.6=2450-4000?


The anwer will NOT in numerical.



Last word from me, all the best to everybody that wanna try to answer. Hehe… Kejayaaan hanya milik orang yang berusaha. Haha…





nusrah walfath: usaha usaha usaha usaha usaha dan terus berusaha... ;-)

...seribu satu cerita...


Kesedihan menyelubungi diri tatkala tangan sedang laju menutur kata-kata. (cewahh..ayat tak leh blah..) saya cuba sabar menanti hari esok. Nak balik sangat dah rasanya ni tapi cuba tahan dulu. Kat sini dah mula sepi. Walaupun seorang lagi roommate saya masih ada, tapi tetap rasa sunyi.Click Me~ Tambahan lagi, tak tahu nak buat apa. Huhu..


Saya dah hampir siap kemas barang.tinggal lagi 10%. Ingatnya esok nak balik ngan teksi sahaja tapi tengok keadaan lah. Bila dok sorang ni, macam-macam benda la mula masuk dalam fikiran. Setiap habis semester, biasanya saya akan review balik apa yang dah saya buat, apa kesilapan yang saya terbuat dan macam-macam lagi. Dengan erti kata lain, macam muhasabah la.


kenangan kelas LM2020. terima kasih, cikgu Senu.


ini lah rakan sekumpulan kelas BM


HURUF DAN ANGKA

Banyak benda yang saya belajar semester ni. Seperti biasa, kerja saya kena menghafal bukan mengira. Sejak zaman sekolah lagi, saya tak pandai betul bab-bab counting ni. Mungkin rezeki je kot Matematik dapat kepujian time SPM dulu.Click Me~ Hahaha..tu kira dah bagus dah, kalau tak, asyik failed je. Saya suka sangat subjek menghafal. Terlalu suka. Tetapi bila dah banyak sangat baca, rasa sakit mata dan otak. Macam nak muntah keluar huruf-huruf yang dah masuk dalam fikiran tu. Kuikui…


Teringat subjek time diploma dulu iaitu Early Numeracy dan Early Literacy. Antara dua subjek ni, literacy lebih susah berbanding numeracy. Tetapi bila dapat result, numeracy cuma dapat A- je. Literacy pulak yang terlebih cemerlang. Haha..


Dalam hidup kita ni, angka dan huruf memang selalu seiring. Contoh paling senang, hari dan tarikh. Manakala, saya sekarang pula banyak mengejar angka. Dalam keadaan nak dapat pointer elok, saya perlu bermain dengan 26 aksara yang menghasilkan berjuta-juta perkataan. Selain itu, saya juga mengejar angka 2000 dalam tempoh dua hari. Click Me~Sakit kepala otak memikirkan cara. Bila dah ada cara, benda lain pula menghalang. Sungguh, saya rasa tercabar.



Tak apalah mungkin ada cara lain lagi. Semoga Allah permudahkan urusan. Tadi saya sempat menjengah facebook saya. Saya tengok bilangan kawan dah 645 orang.Click Me~ Cepat pula ia bertambah. Biasanya, kalau saya tak kenal orang tu, saya takkan approve. Saya add orang pun kalau dia ada kena mengena dengan saya. Tak sangka pulak, dalam cukup berhati-hati tu, masih ada yang tercicir.Click Me~ Saya kena tipu ngan budak ni sorang bulat-bulat. Haisy, boleh pula dia menyamar sebagai rakan sekolah saya. Ramai yang tanya, kenapa saya tak block je dia. Tidak, itu bukan cara saya. Selagi dia tak mengancam nyawa saya, saya rasa saya tak perlu lah nak block dia, sebaliknya delete je terus dari friend list tersebut. Itu lebih senang.


FELLOW DATANG

Esok dah nak balik. Sungguh tak sabar. Bilik ni pun dah mula kosong. Teringat pula time fellow datang hari tu. Memang saya sangat terkejut tapi tak de lah sampai pucat muka tu. Hihi.. Fellow tanya ada apa-apa nak complaint tak? Saya ni kalau bab komplen memang nombor satu. Haha tapi sebab otak tengah fikir nak exam, saya cakap tak de apa-apa.


Lepas tu, dia ambil nama saya. Kenapa amik nama saya sorang? Budak bilik tak kena pun. Ohh..mungkin sebab saya ni baik sangat kot. Tak pun sebab dia berkenan nak buat jadi menantu dia.Click Me~Click Me~Wakakaaa..(perasan la ko ni Nusrah). Keesokannya, saya dapat tahu dari kawan-kawan bilik lain yang fellow tak pergi pun bilik diorang. Hurm..adakah dia betul-betul berkenan ngan saya? Haha joke2.. (stop kidding, Nusrah!)


PENGAJARAN

Apa yang saya pelajari semester ini? Maksud saya, pengajaran yang saya dapat. Sudah tentu sangat banyak. Walaupun mungkin banyak benda memberi saya tekanan tapi saya rasa banyak benda yang saya belajar. Lebih-lebih lagi cerita daripada sekeping kertas kepada realiti. Ini lah yang dikaitkan dengan kebetulan dan takdir. Cerita tersiratnya, biarlah Dhila je yang tahu. Anda nak tahu ke?


Semester pendek ni juga, banyak gosip-gosip liar melanda saya. Macam mana boleh berlaku ni? Padahal saya cukup berhati-hati dalam berkawan. Kadang-kadang saya hairan juga, kenapa mesti kaitkan saya dengan orang tu, orang ni. Yang paling tak leh blah bila cakap saya ada affair ngan orang popular ni. Yang ni memang mahunya saya sound orang sebar berita tu 45 guni.Click Me~Click Me~Click Me~ Jangan ingat saya tak berani nak marah walaupun pemarah bukan sifat saya. Huhu..



Yang saya paling kasihan, bila ada sorang ni kena marah ngan seseorang kerana saya. Jangan ingat saya tak tahu, saya memang tahu sangat. Saya juga yang dapat malu sebab orang yang kena sound tu adalah kawan saya, kawan sekerja pulak tu.Click Me~ Rasa macam tak tahu nak letak mana muka ni. Dalam soal-soal macam ni, saya sebenarnya dah jemu. Dari dulu sampai sekarang, saya mesti akan hadapi benda-benda macam ni. Rasa macam dah tak boleh nak elak walaupun saya cuba elak.


JANGAN LA PERASAN

Benda paling dahsyat bila ada yang perasan saya suka kat dia, perasan saya nak ngorat dia. Hah, jangan terkejut pulak sebab ni memang betul-betul. Saya cuma mesej untuk bertanya tapi tak tahulah kenapa orang-orang macam ni perasan terlebih pulak. Come on la..saya ni profesional. Tak main la ngorat-ngorat orang ni pakai mesej. Lagipun anak dah 4 tau. (nada geram sangat). Saya bahagia hidup single macam ni. Kalau saya nak, saya pinang je terus. (erkk?)Click Me~ Click Me~Saya bukan jenis nak menggatal tak kira tempat ok. Apatah lagi buat mereka yang perasan saya nak rampas boyfriend dia. Come on la..we are not 15 years old, takkan lah benda-benda remeh macam ni pun nak besarkan. Adoyai…


PENUTUP

Itu pengalaman sepanjang semester ni. Rasanya kalau nak senaraikan lagi, memang banyak. Kenangan manis saya waktu kena bebel kat office Rector akan saya ingat sampai bila-bila. (kena bebel pun manis..haha).


Mungkin saya patut stop kat sini dulu. Banyak sangat la pulak nak cerita. Nanti-nanti la sambung. Malam pun masih boleh tulis lagi. Akhir kata, selamat menghadapi hidup dengan tabah yea. Click Me~Saya doakan anda semua dari jauh. Sekarang, masa untuk saya continue baca buku Hlovate. Cerita doctor dan engineer yang sangat sweet. Haha.. Ok itu sahaja. Salam sayang. ;-)

class Political Science. Thanks to Sir Kakuba Sultan Juma.


bila dok belakang, asyik main je. tak fokus pun tu..


waktu presentation class Poli. bersemangat cakap ala-ala menteri. haha





nusrah walfath:
baru dua semester, dah macam-macam. kalau dua tahun, entah apa lagi yang jadi nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...