
Kejutan demi kejutan saya terima sepanjang di sini sejak dua menjak ini. Sekarang, isu spotcheck besar-besaran di sini semakin hangat diperkatakan. Teringat pula zaman kat asrama dulu. Ibarat didera berembun sampai pukul 2-3 pagi hanya kerana para guru nak check semua. waktu tu memang ramai la yang kantoi bawa handphone, ada surat cinta, kantoi ngan gambar kekasih pun ada dan paling tak boleh tahan, sampai perfume pun tak boleh ada. Saya pula memang tak pernah kantoi apa-apa dan loker sentiasa selamat daripada serangan cikgu-cikgu, walaupun hakikatnya saya ada berlambak ‘surat cinta’ yang saya terima daripada orang yang sape-sape entah.
Tak kurang juga soal pemakaian. Memang dahsyat juga dipantau cikgu-cikgu. Rasa macam budak skema sangat masa sekolah dulu sebab takutkan peraturan atau takutkan cikgu, saya tak pasti lah. setiap pagi pula, katil memang sentiasa kena kemas dan cadar tu tak leh berkedut langsung kalau boleh. Memang gaya duduk kat kem tentera betul rasanya. Saya masih ingat lagi, suatu pagi, bilik saya diisytihar sebagai bilik terkotor. Memang saya tersangat terkejut. Memang kena denda depan-depan pelajar lelaki pulak tu. Bila balik bilik, memang agak hairan sebab bilik kami memang bersih sangat. Rupa-rupanya sebab ada hanger tergantung kat katil. Nah, hanya keran alasan itu, bilik kami diisytihar sebagai bilik terkotor? Tak patut sungguh.
kotor atau bersih??
Sekarang, di sini, saya rasa macam kembali ke zaman sekolah dulu. Kalau setakat nak buat spotcheck biasa, mungkin boleh consider la kan tapi kalau sampai nak check dalam almari tu memang melampau. Tak sesuai dengan status mahasiswa. Terfikir-fikir jugak, adakah surat cinta pun dia nak cari jugak? Haha sebab kat sini pun saya dapat lagi ‘benda-benda’ macam tu walaupun kebiasaannya saya tak baca tapi terus buang je. Kat sini, saya bukan nak cerita isu spotcheck sebab bagi saya hal ni ada baik dan buruknya sendiri. Terpulang kepada kita memandang dari sudut mana dan bagaimana kita menerima keadaan ini.
Manusia ni, memang fitrahnya suka menyalahkan orang. Mereka suka menyalahkan orang lain, sesiapa sahaja di depan mereka kecuali diri mereka sendiri. Seperti hal spotcheck hari tu, ramai yang menuding jari menyalahkan pihak Majlis Perwakilan Pelajar sedangkan saya sendiri tidak nampak apa kesalahan mereka dalam hal ini. Mereka juga pelajar dan mereka bukan organisasi yang menganjurkan pemeriksaan besar-besaran itu. Jadi, di sini, kita patut ada kesedaran. Cuba berfikir seperti orang dewasa.
Walaupun saya bukan lah tergolong dalam orang yang kena saman ni(Alhamdulillah) tetapi saya tetap rasa kasihan kepada mereka yang kena ni. Cuma, pengajarannya, kita perlu bersedia setiap masa. Gunakan disiplin yang telah dididik oleh mak ayah, oleh cikgu-cikgu waktu zaman kat asrama dulu, supaya hal ini tidak berulang. Saya rasa kita sebenarnya tak ada masalah untuk menjadi seorang yang mematuhi undang-undang tetapi sebab jiwa remaja dan ego kedewasaan dalam diri, kita menjadi sangat angkuh untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Akhir sekali, nasihat saya, kita cermin lah diri sendiri. Jangan sibuk menuding jari menyalahkan orang terlebih dahulu. Tingkatkan lagi disiplin diri dan bertindak lah dengan berhikmah. Tidak rugi rasanya kita mengamalkan soal toleransi dan baik sangka. Jangan cepat melenting dengan sesuatu keadaan dan cara yang terbaik, muhasabah diri sendiri. Belajar menghormati orang dan beradab dalam segala hal. Semoga semuanya kembali normal dan banyakkan berdoa. Salah satu doa yang mustajab adalah doa orang yang teraniaya. Semoga Allah redha.
nusrah walfath: boleh refer pada blog president SRC. Sila click di sini >>>> Muhammad Firwan Norliza



No comments:
Post a Comment