Tadi waktu tengah kemas baju, achik (maid) datang ke bilik. Lepas tu sembang la kejap pasal raya.
Pastu dia tanya saya, “nanti calon orang Kelantan jugak ke?”
Saya pun terkejut, “errr…(senyum je la)..”
Dia cakap lagi, “kahwin 1 negeri ni senang, lagipun orang Kelantan ni agamanya kuat sikit..”
Saya masih lagi dengan senyuman.. “tak lah..negeri lain pun ada juga yang macam tu. Bukan Kelantan je cik..”
Tak lama lepas dia keluar, saya senyum lagi. waktu tu saya fikir, saya ni calon pun belum ada, ni kan pulak nak set negeri mana yang patut pilih. Sebenarnya, saya tak pernah bersifat kenegerian. Kalau dah jodoh tu, jodoh la kan. Mana tahu, orang belakang rumah je ke, orang yang kita duk bergaduh hari-hari ke, kawan sendiri ke, kawan tempat kerja ke, cikgu sekolah kita ke, pak guard ke, kawan foreigner pun leh jadi. Haha.. pesan kawan saya Dhila, katanya, walaupun kita bukan nak kahwin sekarang tapi soal jodoh ni, kena doa dari sekarang sebab tak semestinya kita dapat sekarang. Doa pun salah satu ikhtiar juga. Agak-agak dah jumpa yang berkenan di hati, buat lah solat istikharah pula. Hurm..betul jugak, kan….
Eh, saya dah melalut ni. Sebenarnya, saya nak tulis pasal buah hati pengarang jantung hati saya ni. Hehe..budak yang buat saya termimpi siang malam. Hahahah… jom baca ni..
BUAH HATI SAYA
Nama penuh: Ahmad Omar Sulaiman bin Hairullalias.
Tarikh lahir: 14 februari 2007.
Tempat lahir: Kuala Lumpur.
Makanan kegemaran: nasi + telur kicap.
Minuman kegemaran: milo, teh ais dan susu coklat. Warna kegemaran: blue (dia suka sebut ni walaupun dia tak kenal tu warna apa..haha)
Sangat suka: main games, makan, tolong kat dapur, tanya macam-macam, nak ikut pergi kedai, jalan-jalan ke rumah mama.
Nama panggilan: Man (tapi saya suka panggil dia Man Bulat) ;-)
Dia panggil saya: (sapa pandai, cuba teka!! Nanti saya belanja makan..)
Bilangan adik beradik: 4 orang (bongsu)
Saya dah tak tahu apa lagi nak tulis. Tapi saya nak cakap, saya suka sangat ngan Sulaiman ni. Dia terlalu comel. Dah 3 tahun saya jaga dia. Saya tengok dia membesar dan segala perubahan dia. Dia ni budak baik sangat. Dia suka bertanya. Kalau kat rumah, mulut dia je yang bising. Mestilah, anak peguam kan.. haha.. Hari tu, bila dia pergi rumah mama, mummy cakap, rumah jadi sepi je. Rindu ngan keletah dia.
Saya ni, kalau ada masalah macam gunung pun, tapi kalau tengok muka dia dan main-main ngan dia, memang hilang masalah. Saya suka tengok dia senyum. Terus cair. Haha.. mujur dia baru 3 tahun. Tahun ni, Man raya kat Perak dulu. Lepas tu, baru balik Kelantan. Tak sabar nak tengok rupa dia pakai baju melayu. Comel sangat. ;-)
Entri kali ni saja suka-suka tulis sebelum balik raya. Sebab tadi banyak sembang ngan Man. Jadi, tergerak hati nak tulis pasal dia sikit. Lain kali boleh la saya tulis panjang melebar lagi. Baiklah, tu sahaja. Nanti kawan-kawan semua jaga diri yea. Elok-elok kat kampong tu. Jangan lupa teruskan beribadat. Nanti bawak bunga api balik UIA yea. Haha.. kalau kena compound, saya tak bertanggungjawab tau..heee….
Akhir kata, Selamat Hari Raya. Minta maaf semuanya dan halalkan makan minum yea. Kirim salam pada keluarga. (banyaknya nak pesan)..dah tu je lah.. esok lepas subuh, saya terus bertolak pulang ke Kelantan. Mesti mereka menanti saya. Ah tak sabarnya. YM Tengku Nur Nusrah akan kembali…. SERONOKnya!!!
Nusrah Walfath: iman bukan diukur berdasarkan negeri dan saya akan beraya bersama scrap book!! :(
1 comment:
cute je man ni..hee camat ari rye kak nunu;)
Post a Comment