Salam aidilfitri. Entah kenapa rajin pula saya nak tulis blog malam ni. Hari ni 4 syawal 1431. Saya dah sampai Kuala Lumpur. Alhamdulillah jalan tadi tak jem teruk sangat. Sekejap sangat saya pulang beraya. 5hari sahaja. Saya percaya, ramai kawan yang masih seronok kat kampung dengan sanak saudara. Kes tersalah tengok jadual kelas, ni lah jadinya. Dan tadi, saya baru perasan kelas saya pukul 8malam bukannya 8pagi. Baru je ingat nak balik Pahang lepas kelas pagi tu. Tapi kalau kelas malam, time bila nak balik..adoyai..
Hari raya pertama… pagi raya, pergi solat sunat hari raya bersama ngan ayah dan mama beserta adik. Lepas tu, bila balik, sempat lah bergambar sekejap sebelum beraya ke rumah saudara mara yang lain. Cuma saya tak de copy kesemua gambar waktu raya pertama sebab time tu guna kamera kakak. Kemudian, pergi ke rumah atok sedara (adik beradik nenek). Anak lelakinya (sepupu ayah) sama tempat belajar ngan saya. Budak engineering 4th year. Waktu tu kecoh la ayah dia sebab katanya, dia tak tahu saya kat uia ni. Haha.. dia cakap kenapa tak gi cari anaknya tu, pastu ramai la pulak tukang jawab soalan tu. Sebenarnya, waktu saya masuk uia, saya ingatkan dia dah habis. Bila short sem, saya dapat tahu dia tengah praktikal pula. So, baru sem ni sempat jumpa dia kat uia.
Kalau nak cerita pasal sedara mara kat uia ni, memang melambak lah. Dulu ada sepupu budak KAED. Kakak saya juga lulusan uia (kaed jugak). Sekarang ada lagi dua orang sepupu budak kaed dan dua orang lagi budak engine. Hah, memang ramai, kan? Saya je sorang-sorang tersesat kat kos HS. Haha.. ada juga sorang sedara lecturer tilawah. Yang ni pun saya tak kenal lagi (eiii teruk sungguh). Eh, lari topic la pulak. Sambung cerita pasal raya. Nak jadikan cerita, memang raya pertama ni makan macam-macam. Minum air pun tak beringat. Akhirnya, memang dapat kesan lah.
Malam tu juga, saya sakit dada, sesak nafas. Puncanya, saya minum ais sepanjang hari. Saya memang excited beraya agaknya sampai tak sedar diri yang saya ni memang tak leh overdose minum ais. Biasanya minum air masak je. (kata Dhila, saya ni kontra ngan dia kalau pasal air). Mungkin sebab teringin sangat minum ais, so, memang dari pagi hingga malam, ais penuh gelas. Sekali bila nak tidur, hah tanggung sendiri. Saya sempat mengadu kat mama sakit dada tapi cover lagi lah sebab takut kena bebel + pegi hospital. Bila cuba nak tidur, memang sakit sangat. Terfikir nak ngadu kat ayah, tapi kang tak pasal-pasal dikejarkan ke hospital pulak. Pecah rekod lah saya kalau jadi macam tu. So, tahan je lah dan paksa diri tidur jugak. (memang bahaya betul saya buat macam tu)
Mungkin sebab belum ajal saya, jadi, Alhamdulillah diberi peluang untuk bernafas lagi dan menyambut hari raya kedua. Raya kedua pun banyak destinasi juga. Minum air beringat sikit dah kali ni. Serik lah saya, tak nak jadi macam malam tu. Raya kedua ni memang banyak habiskan masa di luar, di rumah sanak saudara.
Raya ketiga pun lebih kurang sama juga. Kakak saya ajak pergi rumah kawan dia. kawannya nak kahwin tapi saya malas sangat nak melawa-lawa ni. So, dengan rajinnya, pergi masak sendiri. Lepas saya siap makan, kakak saya belum pergi lagi. tunggu ayah dan mama katanya. Tup-tup pukul 6 petang jugak, baru pergi ke rumah kawan dia. haha. Dan jangan tak percaya pulak, sebab saya yang tak nak pergi ni pun ikut sama jugak. Orang lain bukan main lah melawa dengan baju kurung tapi saya dengan ‘sopannya’ pergi pakai t-shirt je. Ahahahaaa..
Tapi saya puji lah pengantin tu. memang lawa sangat. Memang cantik bajunya pun. Hehe. Setakat ni belum pernah lagi jumpa pengantin yang tak lawa. Hahahaha.. lepas tu, excited pula saya jadi jurugambar tak bertauliah kat sana. Ayah ajak balik pun tak mahu. (konon tadi tak nak ikut), lastly, balik ngan kawan kakak saya. Saya ni memang begitu. Kalau soal fotografi, memang semangat lebih. Hee…
Dan hari ni raya keempat, saya menghabiskan masa dalam kereta je tadi. Perjalanan tak seteruk waktu balik hari tu. Cuma perut meragam la pulak. Memang buat hal betul. Akhirnya, sebelum maghrib tadi, sampai jua saya di KL dengan selamatnya.
Sepanjang di kampung, waktu bersembang ngan sepupu-sepupu, ramai pula yang tanya saya nak kahwin umur berapa. Errr… saya ada ke jawapan untuk itu? Hee.. saya rasa saya tak de spesifik umur yang saya target tetapi tidak buat masa terdekat atau mungkin tunggu habis belajar dulu. Pernah saya letak target paling awal bila dah tamat belajar, sebab tu saya malas nak cari calon buat masa sekarang. Kahwin atas pilihan keluarga pun ok jugak, kan? Haha..
Dalam seonok beraya, saya terima banyak berita kematian. Bukan satu tapi banyak. Semuanya antara kenalan saya. Terasa sangat kematian itu semakin hampir. Umur bukan alas an untuk kita berkata ‘muda lagi, dah tua nanti lah bertaubat’, padahal ajal tak kira masa. Jadi, kena sentiasa bersedia. Kematian itu pasti. Al-fatihah untuk mereka yang telah meninggal.
Sekarang, saya kena tinggalkan mood raya. Perlu siapkan scrapt book dengan segera supaya saya boleh berahat hari lain nanti. Lagi pun sikit je lagi nak siapkan benda ni. Saya akan pastikan esok juga saya siapkannya. (bersemangat nih). Tadi sebelum balik, nenek dah tak pesan macam biasa. Selalunya, bila salam dan cium dia, mesti akan dapat free advice yang sama berulang kali. Tapi tadi dia dah tak cakap dah. Haha.. nak tahu apa? Hehe..
Nenek selalu pesan, “jangan ngorat-ngorat”. Lepas tu dia sambung lagi, “laki yang baik, untuk perempuan yang baik”. Err.. cucu nenek ni baik ke nak dapat laki yang baik tu? huhu.. sebab nenek selalu pesan macam tu lah, saya tak ngorat orang. Orang je yang ngorat saya. Haha. Perasan! Saya ni bukan lurus tapi memang agak mendengar kata. ;-)
Yang lagi best time raya ni, nenek cakap, selagi
nusrah walfath: ;-)

No comments:
Post a Comment