إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..Kenangan saya bersama mereka..



Alhamdulillah. Beberapa kelas saya dah officially end. Cuma masih berbaki satu lagi kelas Statistik hari selasa depan. Ngeee.. baru je ingat nak balik rumah. Untuk entri kali ni, mula-mula saya plan nak tulis berkenaan “Adakah UIAM ketandusan pemimpin?” tapi disebabkan mood happy yang tinggi, so, saya prefer nak tulis yang leisure2 je. Hehe.

Kali ni nak cerita sikit pengalaman saya bersama mereka. Isy, sape mereka tu? Mereka tu ialah para exco dan sub-com SRC sesi 2009/2010. Rasa nak tulis sesangat sebab diorang ni memang best. Kamceng macam family je rasanya. Serius…. ^^

Mula-mula join nak jadi subcom, memang kena interview. Saya ingat lagi, orang yang interview saya waktu tu ialah Firwan ngan Azim. Agak malu juga waktu tu. Dah la speaking pun macam ape entah. Haha. Dan saya ingat lagi soalan dia, 'why I should choose you?' Waktu tu saya nak jawab cam ni sebenarnya, 'sebab disebalik kejayaan lelaki ada seorang perempuan' Hahaha. Mujur waras lagi. Kalau tak, confirm2 dah kena reject. Kalau dia kawan saya, mungkin saya berani nak gurau cam tu tapi ni tak tahu sape pun. hehe. Sory boss! ^^

Sesi interview yang lagi satu pulak, Mang yang interview saya. Kalau ngan dia tak malu sangat sebab cakap BM je. Dah la tu dia tanya lain, saya jawab lain. Contoh, bila dia tanya benda yang saya suka, saya jawab benda yang saya tak suka. Haha! Dah la tu, banyak nak tanya dia pulak. Dan soalan paling best yang dia tanya, ‘PRK hari tu pergi mengundi tak?’ tau ape jawapan saya? Haha. Tak fikir sepuluh kali ni. Terus je jawab, ‘tak. Sebab saya tak tahu cam ne nak mengundi’ ^_^

Akhirnya, kedua-dua interview ni saya lulus dengan cemerlang. Ngeh3.. tapi kena buat pilihan pulak nak masuk under yang mana. Wahh..kira hebat la tu sebab lepas dua2 sekretariat. Haha. Sebab tak tahu nak pilih yang mana, akhirnya Mang nasihatkan saya masuk under Presidential. Adakah dia dapat melihat bakat terpendam saya? Hahahaa.

Waktu first mass gath SRC, saya ingat lagi, Firwan tanya, apa yang patut ada dalam Presidential Sec ni, waktu round table tu, memang semua sub-com kasi opinion. Saya sudah sangat blurr. Jenuh fikir, tak dapat idea. Sampai turn saya, tau saya cakap apa? ‘Err.. apa tugas presiden yea?’ time tu saya dah dengar orang gelak-gelak juga. But as you know, Firwan tu memang hebat. Dia menjawab dengan soalan balik pada saya. Sah, saya dah boleh predict, dia ni memang bukan calang-calang orang.

First program under SRC yang saya join ialah jadi komiti dan fasilitator untuk Kursus Kepimpinan Pengawas SK Sentul 2. Pengalaman waktu ni memang sangat dahsyat dan best. Time ni la kenal Dhila, Fatin, Fathi, Faris, Hafie dan Ayu. Oh yea, tambahan, time ni jugak kenal K.Kemal, Kak G-ah, Marol, Aizat dan penceramah lain macam Ridhuan, Hussaini..hurm lagi sape yea? Tak ingat la pulak. Bila fikir-fkir balik, waktu ni rasa cam best je. Terasa sangat susah senang berprogram dengan keadaan macam tu. Memang takkan lupa sampai bila-bila.



Lepas tu yang paling menarik dapat pergi Suara Siswa kat RTM. Boleh juga kenal (padahal tengok je) Aklil, Siti Khadijah, pastu time ni kenal Sayed, Azrul, Farah. Time ni juga dah mula-mula ‘kenal’ Eiyta, Iba dan Zahraa. Bila fikir balik, ukhuwah tu memang sangat indah. Ia bermula dengan perkara kecil yang menjadikan kita semakin lama semakin rapat. Dan sahabat tetap akan kekal sebagai sahabat sampai bila-bila.


Banyak sangat pengalaman yang berguna dan berharga waktu kerja bersama mereka. Memang indah. Kalau nak mention satu-satu pengalaman kat sini memang tak dapat lah sebab banyak sangat. Perkara paling saya ingat, saya kena bebel kat ofis Rector. Haisy itu pengalaman indah. Jumpa Tuan Haji Kamaruddin kat STADD pun sangat berbaloi. Macam-macam perkara dia kongsikan dan bagi nasihat. Sebagai budak 1st year waktu itu dan sekarang (hehehe), saya rasa semua ni memang sangat berguna.

Sepanjang kerja bersama SRC ni, memang makin banyak jalan short cut yang saya terror. Makin banyak ofis-ofis yang saya kenal. Makin banyak juga prosedur yang saya tahu. Juga makin banyak skills yang saya dapat. Memang bukan mudah bekerja sebagai sub-com SRC sebab ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Saya sendiri, pada mulanya sangat susah nak adapt dengan benda-benda macam tu tapi makin lama, kerja dengan mereka, semakin menarik saya rasa. Menarik sebab pengalaman ni takkan dapat dalam kelas ataupun di mana-mana persatuan lain.

Siapa cakap SRC tak buat kerja? Saya sebagai sub-com yang agak selalu juga naik ofis, memang tahu sangat dorang busy yang amat buat kerja itu ini. Kalau lah kita sebagai mahasiswa/i yang tahu pergi balik kelas sahaja, tak pernah nak pandang dan baca report-report SRC di board, tak pernah jenguk blog SRC atau nawrif, tak pernah nak attend majlis SRC, memang anda hanya tahu bercakap ikut sedap mulut je. Sebagai mahasiswa/i, kita patut punya kesedaran yang tinggi dalam soal-soal begini. Kita memang berhak mempertikaikan mereka jika betul mereka tak buat kerja. Tetapi apa yang saya nampak di sini, mereka dah berhempas pulas menjalankan amanah yang digalas. Jangan ingat ianya kerja mudah.

Bayangkan, mereka cuma students biasa yang perlu pergi ke kelas, perlu siapkan assignment, perlu jawab exam, kuiz, perlu buat presentation, perlu attend meeting dan program di luar dan dalam kampus, perlu tunaikan manifesto, perlu perjuangkan hak dan kebajikan pelajar, perlu tunaikan hak sebagai anak, dan banyak lagi. Adakah anda yang mengutuk, mencaci, mencerca mampu melakukan perkara-perkara di atas dalam satu masa? Mampu ke anda memikul amanah seperti mereka?

Entah lah, bagi saya, secara peribadi, saya sangat kagum dengan SRC sesi 2009/2010. Komitmen dan pencapaian mereka sangat hebat. Mereka dah berusaha macam-macam perkara untuk menyuarakan permasalahan anda kepada pihak atasan. Dan jangan ingat ianya perkara yang mudah. Seorang Head of Department KIRKHS pernah beritahu saya tentang manifesto-manifesto SRC yang lepas-lepas. Sepanjang saya mendengar cerita beliau, waktu tu saya sedar untuk implement manifesto bukan perkara yang mudah. Ini kerana, apa yang difikirkan students tidak sama dengan apa yang ada dalam fikiran admin. Sebab itu manifesto kalian perlu rasional. Dan sebagai pengundi, kita juga perlu bijak menilai, mengkaji dan meneliti manifesto yang ada. Bukan main vote je. Macam yang saya tulis dalam artikel 'Kenapa Saya Perlu Memilih Anda' [boleh klik pada tajuk untuk view]

Tentang cat merah yang disimbah pada ofis SRC pula, pada saya perkara itu memang tidak sepatutnya terjadi. Cuma pandangan saya tentang isu ni, ianya menunjukkan bahawa betapa hebatnya mereka sehinggakan pihak musuh pun sakit hati dengan kejayaan mereka. Cuba anda bayangkan, kalau mereka ini tidak hebat, maksudnya tidak ada orang yang sedar dengan kewujudan mereka dan tidak ada orang yang akan marah dengan mereka. Maka, tidak akan ada orang juga yang akan simbah cat merah tersebut. Percayalah, mereka semua hanya cemburukan kejayaan anda. Ianya bukan kerana anda (src 09/10) tak buat kerja or apa-apa.

Sepanjang saya bersama mereka, saya sangat seronok. Bekerja di bawah pimpinan Firwan dan kak Zatil, memang dapat pengalaman yang berharga. Tiba-tiba rasa bertuah je masuk under Presidential ni. Terima kasih lah Mang sebab suruh saya masuk sini. Hehe. Memang tak rugi pun. ;)


kedua-dua bos saya yang sangat hebat! :)


Pengalaman saya bersama sahabat-sahabat Pres Sec, memang best lah. Sayed, Alyaa, Hazwan dan Atie. Juga ada lagi beberapa yang lain macam Syafiq, Eizzaz, Munzir. Cuma tak kenal sangat jer. Yang paling saya rapat memang Sayed ngan Alyaa. Diorang ni memang best. Sayed otak gila-gila, suka ‘gaduh’ ngan saya pasal bola, perangai macam budak-budak. Dia ngan Syazwan tu satu kepala betul. Ehem2..dia ni saya tengok ada bakat juga nak jadi SRC suatu masa nanti. ^_^ Alyaa pun sama. Die best. Yang best, dia selalu cakap saya macam umur 18. Dan Sayed selalu jeles sebab dia nampak tua. Hahaha. Hazwan pun ada juga skill nak jadi exco SRC tapi awal-awal lagi dia dah menolak dan tak mahu. Aiyooo…


mang, faris & maro


Untuk exco-exco yang lain yang saya kenal macam Faris, Azim, Atiqah nisfu (hehe bilik bawah saya je ni), Mang, Ucop, K.yan, Anas, Tarik dan lain-lain, anda semua memang terbaik! Tanpa exco-exco yang dah jalankan post masing-masing, pihak Presidential tidak akan berjaya macam sekarang (ceh..bagi ucapan macam saya pulak yang President. Hahaha. Wakil yea bos ;p) Untuk Syazwan, walaupun muda, kamu sangat berbakat. Saya puji bahagian Treasurer (err…kamu masih hutang saya tau). Adik Syazwan memang terbaik lah! Jangan lupa ajak yea bulan Julai nanti. Eh, ke Jun yea? ;)





syazwan & sayed yang sangat romantik. haha


Kak Karimah pulak, memang sangat baik. Baik sangat. Kekadang suka je tengok akak dengan…. Heh abaikan. Komitmen kak Karimah dalam SRC memang jelas sangat. Kagum betul saya dengan dia. walaupun kak Karimah nampak garang, tapi akak sebenarnya sangat baik. Dan sempoi. Memang the best lah. saya suke! ^^



My kakak tersayang, merangkap bos saya, kak Zatil Arifah. Seorang bos dan kakak yang sangat sangat sangat baik. Dia bukan saja bantu saya dalam kerja-kerja src, tapi dalam academic pun banyak tolong juga. Selalu juga consult ngan kak Zatil pasal subjek dan macam-macam. Hari last day dia kat UIA, saya dapat spend banyak masa ngan dia. Saya ingat lagi, dia belanja saya, pastu tolong saya pasal AGM, dan..hurm…nasihat, pandangan terakhir dia tu lah yang sangat berguna. Tapi bila dah balik kampong ni, kak Zatil memang susah sangat nak angkat fon. Haiyaa..haha




Lastly, my big boss. Heh, dulu saya takut tengok die. Garang semacam je tengok muka dia. tapi dia sangat baik sebenarnya. Boleh dikatakan banyak membantu juga. Dan paling saya kagum ngan dia, bahasa melayu dia sangat hebat. Kalau baca artikel dia, memang saya rasa dia ni anak melayu sejati. Hahaha. Dia memang sangat hebat. Bukan bodek atau apa-apa tapi pandangan saya, saya sangat terkagum dengan cara dia bekerja. Sangat professional dalam usia yang muda. [kita berdua memang nampak muda kan, bos? Sayed jeles tuu sebab dia nampak tua] Hehehehe. Dan bagi saya, SRC di bawah pimpinan Muhammad Firwan Norliza ni memang dah meninggalkan a great legacy. Hebatnya penangan Firwan ni sampaikan Sayed cakap dia taknak dah jadi sub-com sebab Firwan dah tak ada. Tu diaaa…pengaruh besar betol.




Tengok saja lah waktu AGM SRC dulu, beria-ia Anas puji Firwan. Dan dia memang selayaknya dipuji. Tetapi hati-hati dengan pujian sebab kadang-kadang ia boleh bawak mudharat. Bagi saya, kritiklah mereka dengan kritikan yang membina semasa mereka bekerja dan pujilah mereka bila hasilnya tercapai. ;)

Dan kenangan paling menarik hati saya, adalah hari semalam. Bila dah lama bersara, lama tak jumpa mereka-mereka, tetiba terasa seronok pulak waktu jumpa dorang semalam. Memang terasa sangat ukhuwah yang erat. Gembira jumpa rakan-rakan yang juga secretariat lain, yang sama-sama kerja waktu AGM, yang sama-sama bersusah payah waktu susah senang dalam berprogram. Owh, memang indah sesangat. Harap ianya tak habis kat situ je. Kalau jumpa lagi 2-3 tahun akan datang, jangan sombong. Dah kerja nanti, belanja-belanja orang kat sini. Nak kahwin nanti, undang-undang lah kami di sini. Hehehehe.
















Last word from saya, saya memang gembira walaupun penat bekerja kadang-kadang. Memang ada rasa sedih bila tenure ni dah habis. Rasa macam sekejap sangat masa berjalan. Sekarang ni masih lagi terfikir-fikir nak jadi sub-com under apa pulak. Malas dah nak gi interview ni. Biarlah yang hari tu the first and the last. Hehe. Ada tak sesapa nak amik saya jadi sub-com without interview? Haha. Nanti saya mintak surat sokongan dari Firwan, kak Zatil, kak Karimah, Syazwan, Faris dan Mang. Boleh? Heeee…











gambar yg ni ada bayang2 k.zatil. hehe boley kak? ni je yang reti nak selitkan akak sama ^^


Semoga sahabat-sahabat SRC saya ni terus maju dan maju dalam hidup masing-masing. Mana tahu satu hari nanti ada yang jadi Perdana Menteri ke, boleh la amik saya jadi assistant. Heh~ ;p ok itu sahaja. Thanks so much dengan kepercayaan dan bantuan kalian semua. Mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang kerja dan juga sebagai sahabat. May Allah bless us forever and ever. You guys are really great! ;-)


They had leaved a great legacy..so....


this new line up will continue the great legacy till the end :) [baru perasan, nape sesi 2011/2012 yea? heh~]










1 comment:

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

tertarik dgn ayat:
mula-mula saya plan nak tulis berkenaan “Adakah UIAM ketandusan pemimpin?”

rupanya,masih bercita2 untuk tulis artikel pasal ni lagi ye..hehe..bagus2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...