إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..Saya nak kerja. Nak simpan duit. Nak kawen..


Sebelum ni saya memang tak pernah lagi nak tulis status di FB yang macam agak ‘berani’ sangat. Haha. So, sempena sesuatu yang berlegar-legar dalam fikiran saya, sebelum tulis entri ni, saya pun saje test tulis kat fb. Nak tengok sejauh mana kawan-kawan saya ni alert dan berapa ramai berfikiran jauh. Dan kolot? Wujud ke? Sahabat-sahabat saya tak ada yang kolot. :)


“Saya nak kerja. Nak simpan duet. Nak kawen” ~pendapat??


Hah, bagi yang alert, perasan tak saya buat quotation mark kat situ. So, get what it means? Fikir sendiri. Ok, first of all, my status tu bukan untuk timbulkan kontroversi apatah lagi kalau untuk tarik perhatian. Tidak dan bukan sama sekali. Sebab sebelum ni pernah dah buat status pasal kawen. Ramai salah faham. Teringat pesan bos saya, 'sentiasa berhati-hati keluarkan statement.' katanya lah. Alamak, entri ni cam serius semacam je.


Ingat lagi tak Persidangan Orang-orang Cerdik yang saya attend beberapa minggu lepas? Saya tahu anda tak ingat. Berapa orang je yang tahu pun. Tak kurang jugak yang ingat saya bergurau. Tau lah muka saya ni macam…err…macam apa yea? Heh~


As I said before, program tu betul-betul best. Sangat best. Participants yang ada terdiri daripada macam-macam orang. Atau ayat senangnya, ada budak yang belajar macam-macam course. Apa yang menarik dengan program ni, ia bermula dengan kisah harimau dan rusa. Mula-mula cerita ni sangat best. Macam biasa, sekejap saja focus, attention saya akan hilang bila benda tu tak lagi menarik di pandangan saya. Haha.


Tiba-tiba…soalan pertama, “Kalau anda diberi pilihan, anda mahu menjadi rusa atau harimau? Jika anda memilih yang ketiga, anda mati.”


Alamak! Saya sudah mula risau. Cam ne kisah rusa tadi yea. Macam yang saya dah agak, saya terkena jugak untuk jawab soalan tu. Siapa pandai leh teka apa jawapan saya. Haha dan sebab jawapan saya jugak, saya dipanggil ke depan. (tak pasal-pasal) sigh ;p


Dalam banyak-banyak slot, ada satu part yang best. Pernah dengar konsep S.M.A.R.T dalam mencapai apa yang kita inginkan? Mari sini saya terangkan.




1. Specific.
~Perkara yang kita nak tu perlulah secara spesifik. Agak-agak kalau secara general, tu dah nampak sangat lah kita pun tak sure dengan apa yang kita nak, kan?


2. Measurable.
~Ia juga perlu lah sesuatu yang diukur. Maksud diukur kat sini bukan kena ambik pembaris lepas tu ukur ketinggian, lebar dan sebagainya. Tetapi kita perlu tahu timeline dan lebih kurang syarat-syarat untuk mencapai impian kita tadi.


3. Achievable
~Yang ni pula maksudnya apa obstacles yang akan menghalang atau patut kita lalui untuk capai impian dan angan-angan tadi. Apa skills yang patut kita asah dalam kearah menuju impian tadi.


4. Realistic
~Seterusnya, apa yang kita inginkan tu perlu lah jugak realistik atau dengan kata lain logic.


5. Time frame.
~Saya tak explain pun ramai yang faham, kan? Mula dari sekarang anda perlu dan patut plan cita-cita anda. Agak-agak bila ia akan dicapai. Percayalah, andainya anda tidak dapat 100% seperti yang diharapkan, paling tidak 70% akan dicapai.


Jadi, apa kaitannya status nak kawen kat facebook dengan benda alah ni? Simple sahaja, apa kata kita apply benda ni dalam keadaan kita rasa nak kawen tu. Saya bagi contoh mudah.

Waktu persidangan tu, speaker tu bagi contoh tentang diri dia. Katanya, dia ada girlfriend. Memang tak pernah jumpa sangat pun. Maklumlah menjaga batas. Dia ni sentiasa berdoa mintak ngan Allah nak kawen dengan gadis ni tadi. Sebab dah rindu, so salahkah kalau dia nak berdoa supaya berharap dapat berkahwin dengan gadis tersebut? "Kadang-kadang malu juga sebab berdoa mintak nak kawen lebih banyak dari mintak nak masuk syurga". Katanya lah..


Jadi, dia buat kaedah S.M.A.R.T. Mula-mula, dia spesifikkan impian dia dengan mencatat nama gadis tersebut. Kemudian, dia letak berapa hantaran yang patut dia sediakan. Kemudian ada juga obstacles dan segala yang lain dia mentioned. Lastly, untuk time frame, bila dia nak kawen. Target dia maksud saya di sini.


Dan untuk pengetahuan anda semua, dalam keadaan rasa nak kawen tu, dia bukan lah terdesak sangat sampai time tu juga nak kawen. Bukan. Dan bukan. Dia nak kawen bila dah habis belajar nanti. Since family gadis tersebut memang style kawen awal, so, dia perlu prepare dengan awal juga. Jadi, persiapannya, mudah. Cari kerja waktu belajar. Tak perlu nak kerja yang ‘berat’ dan menyusahkan diri. Dia ambil upah ajar anak orang mengaji. Malam-malam naik motor pergi mengajar. Ajar sorang budak je pun. Benda ni boleh ganggu study ke?


Dan hasil duit tu juga, banyak yang dia dapat kumpul. Tak perlu lah saya cerita flow yang lain. Namun, yang menarik hati saya, dalam keadaan dia plan nak kawen dalam bulan Jun, bulan September juga akhirnya dia dapat mencapai impian dia bergelar suami kepada gadis tersebut. Seperti yang saya katakan, mungkin kita takkan capai 100% apa yang kita nak, tetapi 70% itu pasti. Bulan Jun-September pun bukan lah jauh sangat bezanya.


Jadi, apa kaitannya benda ni dengan status saya di fb? Masih kabur? Maksud sebenar saya ialah, saya nak kerja, nak simpan duet, nak kawen. That’s the flow. I never mentioned I want to be married now or in simple words, saya takde cakap pun saya nak kawen waktu sedang belajar ni.


Yea, memang saya nak kerja. As I said before, tak perlu nak kerja berat-berat. Saya nak simpan duit. Maksud saya, saya nak simpan duit dari sekarang. Supaya, lepas habis belajar nanti saya tak perlu bersusah payah nak cari duit. Ingat kawen free ke? Nak bergantung duit pada bakal suami semata-mata? Saya rasa itu mustahil.


"wahai orang-orang yang beriman, bersiap siaga lah kamu..." [an-Nisa': 71]


Dan lastly, saya nak kawen lepas dah habis belajar. Memang belum ada calon tapi agak-agak anda, takkan nak tunggu ada calon baru nak cari duit? Let say, umur 26 baru jumpa calon, time tu baru nak cari duit ke? Kalau macam tu, umur 40 lah anda bernikah.


Dan jangan ingat statement saya tu macam orang bodoh. Siapa cakap kawen adalah benda yang remeh? Siapa cakap sia-sia je belajar tinggi-tinggi tapi taknak sambung master, phD dan sebagainya? Ingat dah kawen tak boleh belajar ke? Jangan sempitkan pemikiran kita. Kalau belajar tinggi-tinggi tapi tahu buang bayi je, apa guna? Akal letak kat mana? Kita sendiri patut fikir benda ni. Fikir secara mendalam dan rasional.


Dan untuk kaum lelaki. Agak-agaklah kan, anda ada buat simpanan tak untuk kawen ni? Purata umur pelajar lelaki di university sekarang dalam 21-24 tahun. Betul? Cuba anda bayangkan, kalau pasangan anda sebaya, paling tidak waktu grad tu umur dah 24. Let say, umur 24 tu baru nak cari duet. Agak-agak nak dapat duet dalam 10-20 ribu boleh dapat dalam berapa tahun? Maaf lah, bagi saya, kalau waktu tu baru nak mula cari duit, memang anda tersalah langkah. Perempuan mana yang boleh tunggu lagi bertahun-tahun? Mahunya dah tua bangka perempuan tu. Duit pula bukan perlu cukup-cukup untuk waktu nikah je, selepas kawen cam ne? fikirkan..

Dan katakanlah "bekerjalah kamu sekalian...." (at-Taubah: 105)

Saya tak kata kita perlu kerja, cari duet dan simpan duet untuk kawen semata-mata. Banyak lagi perkara yang boleh digunakan dengan duet tersebut pada masa yang sama. Jadi, apa salahnya dalam keadaan anda menabung tu, anda simpan juga untuk kawen. Duit tabung haji jangan usik kalau boleh. Paling tidak, dalam usia yang muda, anda dan pasangan dah boleh buat haji. Bukan kah itu lebih romantis?


Tentang saya pula, saya betul-betul maksudkan dengan status saya tu TAPI saya bukan nak kawen sekarang. Maaf, saya sangat tegas dalam soal ni. Kawen waktu belajar bukan cara saya. Tetapi saya akan mula kumpul duit. Sebab saya rasa bila dah habis belajar, umur pun dah tua. Kalau waktu tu dah sampai jodoh saya, senang. Saya tak perlu pening fikir pasal duit dan sebagainya. Pasal calon? Saya juga tak mahu fikir. Tidak buat masa sekarang. Tapi tu tak bermakna saya tak menilai peribadi mereka-mereka yang berkawan dengan saya.


Adekah saya mula lari topic? Heh~ dan berbalik kepada cerita waktu persidangan tadi. Siapa sangka, lelaki yang bercerita beria-ia bagai tentang nak kawen, keje waktu belajar, beliau merupakan salah seorang pelajar terbaik di UIAM. Best Student!


Fikir pasal kawen itu kolot? Kerja akan mengganggu study? Kalau beliau boleh, kenapa tidak anda?? Kalau hari-hari berkepit dekat fakulti, tulis status kat fb “I love you, syg” “b, I miss u” bagai sampai saya pun meluat, keluar dating pegang tangan, kenapa soal kawen untuk menghalalkan hubungan tak pernah anda fikir?

"sekiranya mereka tetap beristiqamah di atas jalan itu (agama Islam), nescaya akan Kami berikan kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak)." [al-Jin: 16]


Perempuan, jangan jadi bodoh kerana lelaki.

Dan lelaki, jangan jadi dayus kerana perempuan.


Allah sudah kurniakan kita akal untuk kita fikir. Saya tulis pasal kawen ni tak bermaksud saya dah tehegeh bebenar nak kawen tapi saya sedar, remaja sekarang sangat suka couple2 ni, tapi tak pernah nak ikut cara yang betul pun.


Sekarang anda fikir sendiri. Saya? Masih teguh dengan pendirian.

Saya nak kerja. Nak simpan duet. Nak kawen.

Bukan sekarang tapi suatu masa nanti.

Semoga Allah redha.




Nusrah Walfath: kata-kata perlu seiring dengan perbuatan. Jalan mana pilihan anda, terpulanglah. Memang jodoh itu telah ditetapkan tetapi salah kah jika kita berusaha? Ayuh, bermula lah dari sekarang. Pada masa yang sama teruskan berdoa kepada-Nya. Insya-Allah Dia akan bantu kita. Saya percaya pada janji Ilahi. ;-)



p/s: terima kasih semua pada yang memberi pendapat kepada saya di facebook. Really appreciate it. ^^



2 comments:

Anonymous said...

menarik.semakin hari semakin bijak membuat hati saya tersentuh...

Unknown said...

saya setuju psl smpn duit tu...mmg btl smpn duit semasa belajar...nt da hbs belajar adela smpnn...xdela kelam kabut nk masuk meminang or ape lau da ade duit...n sudah semestinya org yg bijak adalah org yg sentiasa merangka ape yg dia nak ca...pai dlm ms terdekat n so on...

kawin mmg ade kaitan dgn duit...bknlah bermaksud materialistik lau simpan duit n ade duit byk...cuma most of malaysian ni mmg xsimpan duit...membazir duit utk sesuatu yg xperlu...

bgs utk berfikir ttg mslh ni..xkn nk fkr lps ms lps hbs belajar...agak terlewat utk merangcang pape lau br nk fkr lps belajar...well ni satu mslh yg kebanyakan org xbaper nak alert sgt....sbb bg diaorg lmbt lg nak kawin...sbb tu ade kes dimana org kawin pinjam ah long la, wt pinjaman peribadi kt bank...br kawin..tp hutang da berkeliling pinggang...

pastu satu lg org kita majlis kawin nk 'grand' je...nk ade dj..artis la..mcm2...ade yg wt kt hotel la..hbs hantaran dkt ratus2 ribu...tp xkekal lm hbgn suami isteri...sebab xmemahami konsep sebenar perkahwinan ni...

btl kata Nus...kena berhati2 sebelum tulis pape statement...sbb org menilai kita dari setiap ape yg kita tulis n buat...n blh dikatakan skrg faktor keruntuhan moral, cerai-berai...adalah akibat drpd slh menggunakan laman sosial fb ni...cm org da kawin...suami isteri leh gaduh kt fb...citer itu ini la...hbs sume org tau...silly kan?tp tula realiti yg berlaku bila buat sesuatu sblm berfikir....

Tp apa2 pn...sebelum wt sesuatu keputusan..elok fikir masak2...lau xpasti blh tnya pendapat mak n ayah...lau xpasti jugak leh wt solat sunat istikharah...kita hanya merancang, tp DIA yg menentukan perjalan hidup kita....

ops...sori nus terkomen pjg2...bab2 kawin n so on ni mmg hot issue...papepn all the best... (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...