Terjatuh dalam lubang dalam.
Malah tersungkur.
Gelap. Kelam.
Saya tidak nampak apa-apa.
Tak tahu cara nak mendaki keluar.
Tak nampak cahaya dari luar.
Akhirnya saya rebah.
Rebah tersungkur di satu lubang dalam yang gelap
dan tiada siapa yang menarik saya keluar.
Sekadar analogi permulaan cerita. Berhari-hari. Malah telah seminggu saya menyepikan diri dari dunia blog dan facebook. Juga sms. Saya berasa kacau. Saya mengalami tekanan yang terlalu amat berat sampai saya sendiri tak tahu macam mana nak hadapi. Akhirnya saya betul-betul rebah. Saya jatuh. Saya tewas. Saya tersungkur. Saya sakit. Saya hilang arah.
Perasaan marah, sedih, kecewa, pilu, terluka, bahagia, gembira, geram, terkilan semuanya berkumpul menjadi satu. Akhirnya, saya betul-betul tak mampu bangkit. Pertama kali dalam hidup saya, saya rasa hampir putus asa. Saya berasa gagal menjaga diri dengan baik. Saya sudah gagal mengawal emosi saya. Saya gagal menyedut sisa-sisa ketenangan. Saya gagal memujuk diri dan hati. Saya gagal dalam segalanya. Saya gagal.
Nusrah tidak lagi setenang dulu...
Nusrah tidak lagi setabah selalu..
Nusrah tidak lagi seceria dulu..
Nusrah tidak lagi sekuat kamu..
Puas saya mencari ubat-ubat untuk membangkitkan kembali diri saya tapi saya tak jumpa. Sebab tu sampai seminggu saya amik masa nak bangkit semula. Rupanya bila dah sekali jatuh, memang susah nak bangun. Pertama kali, saya rasa sukar sangat nak cari balik semangat yang hilang. Segala benda yang motivate saya selama ni memang dah langsung tak berkesan. Sampai saya betul-betul dah tak tahu nak buat apa dengan diri saya.
"bersabarlah.."
"tabahlah..."
Dua ayat di atas memang adalah perkataan paling tidak sesuai memujuk manusia yang kecewa. Apatah lagi kalau orang tu memujuk saya yang belajar Psikologi ni. In fact, anda sedang memujuknya secara sedar, jadi, memang langsung takkan bagi kesan apa-apa.
Saya tak mahu berputus asa. Jadi, saya sedaya upaya saya cuba bangkit kembali. Saya cuba mencari jalan supaya saya mampu menjadi tabah, kuat dan menghadapi segalanya dengan matang. Sepanjang mencari jalan, saya banyak kali sesat. Saya banyak kali tersadung. Banyak duri-duri yang saya langgar. Sakit. Perit. Tapi saya tempuh juga sebab saya perlu untuk jadi tabah. Saya tak boleh mengalah. Saya masih perlu berjuang untuk ummah di luar sana. Masih ramai perlukan sokongan saya. Dan kalau saya mundur, bagaimana dengan jalan dakwah saya?
Akhirnya saya sedar dengan satu perkara. Allah menguji. Ya, dugaan ini sangat luar biasa. Susah sangat nak hadapi. Sampai saya sedar bahawa dugaan ini sebenarnya nak meningkatkan lagi iman saya. Nak tambah lagi sikit tahap iman dalam diri. Sedang saya persiapkan diri untuk sesi usrah, saya sempat menyingkap sirah para Nabi dan Rasul sepintas lalu sebagai perkongsian petang itu. Tiba-tiba, hati saya tersentap. Betapa kecilnya dugaan yang saya hadapi kalau nak dibandingkan dengan para sahabat dan Rasulullah s.a.w. Astaghfirullah~
Malam itu, saya menangis. Saat saya terasa dugaan itu berat, saya sudah lupa dengan janji Allah bahawa setiap dugaan adalah sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Saya sudah lupa dengan janji Allah bahawa setiap kesulitan akan ada kesenangan. Saya sudah lupa dengan janji Allah bahawa Dia akan beri jalan bila kita terasa sesat. Saya sudah terlupa dengan itu semua. Astaghfirullah~
Malam itu, saya merintih. Saya malu dengan Allah. Saya berdosa. Saya hamba yang hina. Semahu-mahunya saya mengadu pada Dia. Tempat yang saya curahkan segalanya di saat semua lena dibuai mimpi. Allah itu dekat. Sangat dekat. Sepanjang diuji, setiap masa Allah memujuk saya. Cuma saya sahaja yang tidak sedar. Astaghfirullah~
Akhirnya, surah al-Lail menyapa saya. Terkesima. Saya terkesan membaca surah al-Lail pada malam tersebut. Allah, saya minta ampun. Saya minta maaf.
"sungguh, usahamu memang beraneka macam.
maka barang siapa memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa,
dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga),
maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)."
[al-Lail: 4-7]
Akhirnya saya nampak semula cahaya. Saya nampak jalan yang lurus. Saya nampak tangga untuk keluar dari lubang yang dalam tersebut. Saya sudah berjaya. Alhamdulillah. Saya terpujuk dengan dengan dugaan yang Allah beri. Saya terpujuk dengan ayat-ayat cinta-Nya. Saya sudah bangkit melawan onak duri. Saya sudah mampu tersenyum. Saya sudah nampak jalan yang Allah sediakan. Saya cuma perlu meletakkan usaha. Usaha untuk menjadi tabah kerana tabah itu akhlaq yang mulia. ^^,
*********************************
Terima kasih Allah.
Sujud. Syukur. Percaya. Redha.
Saya bahagia begini.
Tolong jangan berani usik hati saya lagi.
Kalau kamu tahu betapa susah saya nak bangkit setelah jatuh,
tolong jangan buat saya jatuh sekali lagi.
Bimbang nanti saya jatuh tak bangun-bangun dah.
Saya ada Allah.
Allah sayang saya.
Dan Allah sentiasa jaga saya dengan baik.
Kamu?
nota hati: Nanti saya bagi baca satu post. Punca sebenar saya down. tapi bukan hari ni. Mungkin esok atau lusa. InsyaAllah ;-)
~ jangan usik hati saya lagi ~


No comments:
Post a Comment