إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Cinta 27 Ramadhan



Jauh merenung alam.

Gerimis hujan menitis ke bumi.

Bahagia. Senyuman terukir ketika kali melangkah di dalam gerimis. Indahnya petang itu. Masih saya tidak lupa. Masih tersimpan kemas dalam kotak ingatan. Dan ia telah berlalu.. momen itu telah pergi ketika ini. Saya masih lagi tersenyum. Bahagia hati masih sukar diungkapkan dengan kata-kata.


**********************

Ramadhan menyapa diri.

Terduduk sepi di rumah Ilahi.

Ya Allah, bagaimanakah Ramadhan kali ni? Adakah diri ini mampu melangkah sehingga ke akhir Ramadhan?

Hati sayu.
Terimbau kenangan setahun yang lalu. Oh pantasnya masa berlalu. Hati sebak. Saya masih ingat. Tidak lupa. Saya masih ingat keadaan diri saya setahun yang lalu. Hati saya menangis pada malam satu Ramadhan. Berjuta doa dipanjatkan dalam hati supaya tidak ditarik akan hidayah dari-Nya ini.

"akak kena tulis dalam blog macam mana akhirnya akak pakai tudung labuh. Saya percaya, ramai sangat kat luar sana nak berubah tapi tak tahu cara..saya yakin, kalau akak tulis, mesti sampai mesej tu.." -kata sahabat saya beberapa bulan yang lalu.

Ramadhan yang lalu amat bermakna. Perubahan dalam diri yang banyak. Saat itu baru saya faham apa ertinya "hidayah milik Allah". Sejak semalam sehingga hari ini, hati saya terlalu sebak. Mungkin kerana memikirkan sebulan Ramadhan yang saya bakal lalui ini. Adakah ia lebih baik dari semalam?

"akak ada sebulan saja lagi tau.." -sahabat saya.

Sebulan.

Pejam mata. Saya tidak mahu Ramadhan ini berlalu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu sebab bila Ramadhan sampai ke penghujung, sebulan saya itu sudah genap...


*******************************

Ya Allah,
permudahkan segalanya.
tabahkan hati kami semua.
kuatkan iman kami semua.
rahmati dan jagai kami selalu.

Ya Allah,
hamba-Mu ini rindu ;'''')







~ I drop du'as. Not bombs ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...