Ketika dia berjalan
Ketika dia berlari
Ketika dia ketawa
Ketika dia menangis
Saya harap saya bersama dia.
Apa khabar Rusia? Apa khabar kamu yang berada di Rusia? Yang selalu mengikuti blog saya. Yang saban waktu mempunyai statistic yang tinggi sejak dulu sampai sekarang. Semoga baik-baik sahaja di bumi Rusia sana. Masa saya study final exam lepas, sempat juga fikiran melayang sampai ke Rusia. Teringat blog, teringat Rusia. I wish I could be there one fine day. InshaAllah.
Saya menjangkakan minggu ni saya akan penat. Jadual saya sudah penuh dengan berbagai perkara. Risau juga saya. Dalam keadaan 3 subjek dalam shortsem ni dan 2 program besar yang saya terlibat memang rasa macam nak pengsan. Tambahan pula, saya sekarang ni bekerja tanpa PM di sisi. Segalanya di bawah tanggungjawab saya. Pertama kali jadi APM, pertama kali juga kena jadi acting PM. Berat juga amanah ini. Kerana itu, saya terlalu memerlukan sokongan kawan-kawan tapi berapa kerat sahaja yang bersama saya pada ketika ini. Begitulah kawan agaknya.
Saya sebenarnya bimbang. Takut tak terpikul amanah ini. Memikirkan tanggungjawab sebagai seorang ketua apatah lagi saya seorang perempuan, bimbang juga kalau emosi lebih menguasai diri berbanding rasional akal. Banyak perkara yang membuat saya kerisauan. Mampukah saya menjadi ketua yang baik sementara ketiadaan PM? Mampukah saya menjadi ketua yang memahami kesemua orang bawahannya? Mampukah saya bersama menjalani susah payah komiti-komiti saya? Mampukah?
Saya pandang bawah.
Saya nampak ramai orang.
Ketika itu saya sedar, saya perlukan tempat untuk berpaut. Saya perlukan dahan untuk berpaut. Saya perlukan kamu. It hurts me somehow.
Saya tak mampu nak sambung tulis. Hati sudah rasa garis-garis luka. Untuk sahabat yang bernama kamu, this is second time. It hurts so much. Saya selalu berharap saya boleh pejam mata buat tak tahu. Saya selalu berharap, bila bangun tidur itu semua mimpi tapi semuanya realiti.
Saya sudah kehilangan seorang rakan. Tempat bercerita tempat berkongsi luka. Melihat dia sahaja buat saya tenang tapi sekarang melihat dia saja mengundang seribu duka, merundung seribu sendu.
Saya tahu Allah tahu. Allah tahu perit luka hati ni. Allah tahu jerit perih saya saat ini. Allah tahu saya sudah tidak kuat. Allah tahu saya sudah lelah. Allah tahu semuanya. No doubt. Ya Allah, kuatkan hati ini. Tabahkan diri ini.
Ya Allah,
embrace my heart because I am weak
aid me for I am hurt
guide me because I am lost
love me for I feel unloved.
Allahumma aameeen.
~ I drop du'as. Not bombs ~

No comments:
Post a Comment