إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Perkara 1- 10



Dear heart,
I want you to be strong.

Hati,
Saya mahu awak jadi kuat.

Setiap kali susah hati, saya selalu cakap macam tu dekat hati. Setiap kali tulis blog, saya selalu pesan dekat hati supaya kuat. Sebab saya tahu, hati saya bukan lah kuat mana pun. Dalam senyum pun boleh menangis. Percayalah, andai kalian khabarkan pada dunia bahawa hati anda terguris luka, tiada siapa pun yang akan faham perasaan itu.

Minggu ini, hari ini, banyak perkara yang saya belajar. Ada yang menyakitkan, ada yang menenangkan. Semuanya saya anggap positif dan mematangkan saya.

Perkara 1: Jangan percaya sesiapa sekeliling anda. Jangan percaya. Kawan rapat pun boleh pijak anda.

Perkara 2: Dalam senyum seorang manusia, hatinya menangis hiba. Don't expect people are happy all the time though you see them smiling. Contoh, beberapa hari lepas, saya berjalan-jalan dekat gerai tudung kat UIA. Niat hati nak tengok-tengok sahaja. Tiba-tiba ada orang jerit, "Nusrah!!!" Saya pandang tepi. Oh seorang sahabat. Dia mendekat. Katanya, "lama tak jumpa Nusrah, nak peluk sikit" Kemudiannya, dia cakap, "nusrah bagi la kata-kata semangat kat kita" Saya tanya dia, "kenapa? ada masalah ke ni?" Katanya, "eh tak, saje je". Kemudiannya, saat saya memeluk dia, saya pesan macam-macam dekat dia. Saya bagi sedikit nasihat dekat dia. Lepas tu, saya panggil nama dia. Tapi dia diam. Saya usap bahu dia. Kemudiannya, dia leraikan pelukan saya. Dan saya tengok matanya basah lencun dengan airmata. Ada masalah rupanya dia. Saya pun tarik dia semula, dan pesan baik-baik. Kemudian, dia lap airmata dan senyum sambil cakap, "terimakasih Nusrah" dan berlalu pergi. Sahabat, you are so strong!

Perkara 3: Manusia lumrahnya senang dengar cakap orang yang dia suka. Tak percaya? Sila lah percaya. Manusia boleh dengar nasihat atau teguran atau pandangan orang yang dia suke. Dia senang untuk terima teguran dari orang yang dia suka. Kalau orang tu biasa-biasa sahaja dalam hidup dia, takdenya lah dia nak terkesan sangat dengan nasihat atau teguran kita. Betul. Ini yang biasa saya jumpa. Lain kali, bagi saja dekat orang yang sesorang tu suke untuk bagi nasihat dekat orang tu. Senang.

Perkara 4: Budak-budak tidak matang jangan bagi kerja dengan orang matang. Lebih-lebih lagi kalau budak-budak yang lead orang matang ni. Nanti kesian dengan orang tua sebab pening dengan budak-budak.

Perkara 5: Jagalah peribadi diri. Tak kira di mana pun dan bila. Kerana peribadi diri anda pada hari ini akan memberi kesan kepada hidup anda untuk masa akan datang. Tidak rugi. Jangan risau.

Perkara 6: Bersedia dengan kehilangan. Saya rasa seperti terjeruk rasa juga sehari dua ini. Semua orang pergi jauh dari saya. Latest, orang pergi haji. Tentu saja patut kita gembira tapi entahlah. Short message thru inbox fb buat saya rasa macam sedih. Lama dia menyepi. Tetiba khabarkan pesan, malam ni nak pergi haji. Kemudian dia tanya, "nak doa ape?" Airmata saya terus jatuh. Alahai.

Perkara 7: Tabahkan hati. Berapa banyak airmata yang jatuh pun, orang takkan kisah. Tapi kuatkan jiwa. Kerana hanya diri kita yang mampu pujuk diri kita.

Perkara 8: Saya sudah merangka plan baru. Saya harap ini adalah yang terbaik untuk masa depan saya. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik. Dan kerana saya yakin dengan Allah, sudah saya bina masa depan saya yang saya kira agak selfish. Saya pilih untuk pergi jauh. Seorang diri.

Perkara 9: Lelaki complicated.

Perkara 10: Lega. Dapat cakap dengan dia, orang jauh kesayangan saya di luar negara sana, buat saya rasa lega walaupun rasa macam mahu menangis. Semoga Allah jaga baik-baik dia di sana :)


Biarkan semuanya berlalu. Saya nak pujuk diri dulu. Semoga ada redha-Nya. :))





"You never climb the same mountain twice, not even in memory.
Memory rebuilds the mountain, changes the weather, retells the jokes,
remakes all the moves." 










~ I drop du'as. Not bombs ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...