إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Doa dan dia :)



Semester ni kan, banyak kali saya tertinggal kunci bilik. Hailaaa~ entah kenapa saya asyik 'cuai' =.=' Mungkin sebab semester ni saya jenis kalut, selalu nak cepat. Sampai kunci bilik pun tak sempat nak capai. huhu.

Kisah hari Jumaat yang lalu. Jumaat lepas. Jumaat 5 hari yang lalu.

Pagi hari, saya pergi discussion. Asyik discussion je kan? Apa yang dibincangkan sangat tu? Kalau awak-awak nak tahu, sangat banyak kerja group semester ni. Discussion tak mengira waktu, tempat. Kalau penat pun, tetap kena pergi. Selepas lunch, saya pun bergerak pulang ke Mahallah. Sampai depan pintu bilik, saya terpaku. Alahai, kunci bilik tertinggal.

Capai handphone, calling my roomates.

Tapi semua tiada kat Mahallah. Saya call kawan-kawan yang lain, ingatnya nak tumpang bilik dia. Tapi tak berangkat pula. Akhirnya, saya membuat pilihan untuk ke surau Asma'.

Masuk surau, nampak tiga orang makcik sedang tidur. Oh kepenatan buat kerja agaknya. Kasihan pula saya tengok. Tersentuh hati.

Selepas duduk menyejukkan badan, saya segera berwuduk. Kelihatan seorang sister yang berjubah hitam, sedang solat. Sewaktu saya memulakan solat, dia telah pun selesai dengan solatnya. Selesai solat, sister tu masih lagi duduk di sejadah. Dan kedengaran esakan kecil. Allahurabbi...dia menangis! Sayu hati saya.

Duhai gadis, apakah parah luka hatimu?
Apakah sengsara jiwamu?
Apakah goyah hatimu?

Melihatkan dia menangis, saya rasa terhiris. Untuk pertama kalinya, selesai solat, saya berdoa sungguh-sungguh untuk sesorang yang saya langsung tak kenal. Seseorang yang saya sendiri tak nampak mukanya. Saya mohon supaya Allah kuatkan dia, tabahkan dia, pujuk dia, bantu dia. Saya tahu peritnya luka. Saya tahu, dia menangis kerana hati dia sudah betul-betul luka. Walaupun saya tak tahu sebab apa dia menangis, tapi saya harap dia akan okay. Saya harap hati dia pulih segera.

Ketika saya sedang berehat-rehat sambil tunggu jam 2.30 petang untuk berjumpa lecturer, saya masih terdengar esakan kecil. Mungkin dia belum puas mengadu dengan Pemilik hatinya. Segera saya baring-baring supaya dia berasa selesa untuk menangis. Supaya dia rasa saya sudah tidur dan tak sedar pun yang dia menangis. Tapi akhirnya, saya memang betul-betul tertidur dan entah bila dia keluar dari surau tu pun saya tak tahu. Huhu

Apa yang saya belajar dari kejadian hari Jumaat lalu ialah, berkenaan doa.

Kita mungkin tak pernah sangka ada orang yang mendoakan kita. Ada orang yang kita tak kenal langsung sudi doakan kita. Mungkin kita jadi kuat, bukan kerana doa kita tapi orang-orang sekeliling. Kita selalu terlupa tentang itu.

Saya juga belajar untuk tidak kedekut mendoakan orang lain. Jangan kedekut nak doakan orang. Kerana kita takkan pernah rugi apa-apa. Okeh kawan-kawan? :)


*******************************


Ada ketika, Allah akan menguji sejauh mana kamu ikhlas dalam berdoa. Iaitu ketika Allah memakbulkan doa kamu terhadap orang lain tetapi saat itu kamu kecewa. Pernah rasa?

Sehari dua ni, saya rasa macam ada orang sedang doakan saya. Sebab saya perasan akan beberapa perubahan dalam diri saya. Sampai saya sendiri hairan. Allahu Akbar.

Semalam saya menulis kisah Fatimah, Azzam dan Marissa lagi. Tapi seperti ada sesuatu yang menarik hati saya untuk simpan dalam draft. Dan seperti ada sesuatu menarik perasaan saya sampai jadi kosong. Fatimah masih sedih. Tapi kata Fatimah, dia doakan Azzam dan Marissa. Dia cuba mencari di mana dia letak redha dalam hati dia. Dan dia juga menangis. Katanya, agaknya, dia (Fatimah) mati dulu sebelum kawen kot. Saya diam. Taktahu nak pujuk. *Azzam tu takpernah tahu pun Fatimah suka dekat dia walaupun Azzam pernah mengusik Fatimah, kononnya nak pinang Fatimah.Patutlah hancur sangat hati dia*

Saya ada exam esok. Subjek susah. *taktahu sejak bila saya ada subjek senang*

Mohon doanya ye kawan-kawan :))




nota hati: menjejak masa depan, aku jadi gerun.....




ex-boss saya.
bakal berkahwin.
Alhamdulillah :))
semoga boss saya, Firwan dan kak Ummi bahagia.
sampai syurga.
Allaumma Aameeeen :))









~ I drop du'as. Not bombs ~



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...