إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Belajar dari hikmah kehidupan



"Wahai engkau yang dibelenggu rantai takut dan gelisah
Pelajarilah maksud kata nabawi, La Tahzan
Jangan takut tak berketentuan
Sekiranya ada Tuhan yang Maha Kuasa disisimu
Lemparkan jauh-jauh segala takut dan bimbang
Lemparkan cita untung rugi
Kuatkan imanmu sekuat tenaga
dan pupukkannya berkali-kali dalam jiwamu"


Hari ini saya belajar banyak perkara. Perkara yang sungguh menyentuh tangkai hati. Satu ketika, saya duduk muhasabah diri. Allahurabbi.. betapa sayangnya Allah dekat saya. Betapa banyaknya rahmat dan kasih sayang yang Allah beri. Alhamdulillah ;''')

Hari tu, hati saya remuk redam. Kecewa yang banyak. Puas saya pujuk hati. Puas saya cuba kawal dengan iman. Namun, hampa. Saya cuba beri masa pada diri. Walaupun saya sedar bahawa saya sangat tewas dengan keadaan. Pada saat tu, selalu sahaja pekataan "kenapa" menjengah fikiran saya. 

Saya tahu hati saya luka. Tapi saya cuba juga untuk tabah. 

Semester lepas, saya siapkan Wishlists before Grad. Salah satunya, saya berazam nak gembirakan semua orang pada akhir semester saya. Saya berazam nak beri barang yang saya sayang pada sahabat-sahabat saya. Saya berazam untuk belajar jadi ikhlas. Maka, setiap kali birthday sahabat saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk gembirakan mereka. Samaada beli hadiah, atau bagi kad, atau belanja makan. Saya cuba buat sebaiknya. Sebab saya mahu mereka gembira sebelum saya keluar dari UIA.

Namun, Allah uji. Saat itu, Allah tarik benda yang paling saya sayang. Allah ambil sampai hilang dari pandangan. Saya menangis. Sehinggakan saya rasa tak tahu macam mana nak teruskan hidup. Saya patah semangat. Saya menangis berhari-hari. Waktu itu saya tak tahu berapa ramai yang cuba pujuk hati saya. 

Lama juga saya mencari hikmah di sebalik ujian. Lama juga saya paksa diri untuk tersenyum. Sehinggalah suatu hari, saya pulang dari kelas. Ada orang, bagi saya dua choki-choki di mana saya begitu gemar. Sedang dalam perjalanan pulang, saya terserempak dengan kawan. Oleh kerana saya sedang pegang kedua-dua choki-choki tersebut maka, saya offer dekat dia. Dia nak. Saya pun bagi saja satu untuk dia dan satu untuk kawan dia. Sepanjang perjalanan pulang, saya tersenyum sendirian. Saya belajar sesuatu.

Beri barang yang kita sayang dekat orang bermula dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar perkara. Choki-choki itu saya suka. Tapi saya belajar erti memberi pada saat itu. Sebab apa? Sebab walaupun ia cuma benda biasa, tapi wajah bahagia jelas terpancar pada muka sahabat saya itu. Dan kegembiraan mereka buat saya rasa bahagia. 

Di situ juga saya belajar erti ikhlas. Saya juga belajar untuk mengutamakan sahabat berbanding diri sendiri. Kalau tak boleh nak buat dari sudut yang besar-besar, maka kita perlu belajar untuk lebihkan sahabat dalam perkara kecil dahulu. Dan dari situ juga saya sedar bahawa Allah mahu saya belajar. Belajar perlahan-lahan. Slow-slow belajar, lama-lama nanti kita akan nampak hikmahnya. Mungkin sekarang terlindung, namun percayalah, suatu masa nanti kita akan tesenyum bahagia.

Tadi, dalam kelas, madam ada cakap, apa yang Allah beri pada kita samaada baik atau buruk, itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Allah takkan pernah beri benda buruk kepada kita. Saya tersentuh. Di situlah saya belajar lagi sekali. Belajar erti kasih sayang, erti hikmah. Belajar untuk menerima sesuatu dengan baik. Masa tu saya rasa terpukul. Betapa sayangnya Allah dekat kita tapi kita begitu susah untuk menerima setiap ujian dari-Nya. Sedangkan, bila Dia menjauhkan kita dari sesuatu perkara, maka, tentunya perkara itu buruk dan tak elok untuk diri kita. Kerana Allah sentiasa beri yang terbaik buat hamba-Nya.

Masa sesi usrah tadi, ada satu kata-kata murabbi saya yang saya sungguh tersentuh. Kata-kata yang dipetik oleh Ibn Athaillah (kalau tak silap). Katanya, kalau kita dalam dilema nak memilih yang mana, pilihlah perkara yang paling berat oleh hati kita sebab hal yang memberatkan hati kita itu adalah yang terbaik sebenarnya. Contoh, kita tengah nak pilih nak solat dulu ke nak makan. Tentunya kita pilih untuk makan berbanding solat. Sedangkan kita patutnya pilih solat dulu. Kat situlah terbukti benda yang berat tu sebenarnya yang elok, sebab masa tu syaitan akan hasut kita banyak-banyak supaya buat benda tak elok. Dan saya betul-betul rasa kena dengan batang hidung sendiri. 

Hari ini terlalu bermakna buat saya. Kisah-kisah yang sangat menjentik hati. Semoga hati ini masih ringan untuk menerima nasihat dan tetap di jalan_Nya. Aameeen. :)

Dan saya masih perlahan-lahan belajar untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Terkadang saya rasa terlalu pelik dan kaku. Namun saya masih cuba untuk biasakan diri. Biasakan diri untuk tidak ingat, untuk tidak terlalu fikir perkara-perkara yang bukan milik saya. Saya masih belajar ini.

Kata mushrif saya, "orang beriman selalu punya cara tersendiri untuk menjaga hatinya, meski terkadang berlawanan dalam apa yang diterima dalam kehidupan". Nasihat dia dua tahun yang lalu. Sampai sekarang saya pegang. Hari tu, dia cakap, "sedih? 2:25" Saya buka nota cinta hijau hadiah darinya, dan hati saya tersentuh dan terpujuk. Terimakasih, untuk nasihat sederhana tetapi luar biasa.

Semoga dalam setiap langkahan kita, sentiasa diiringi dengan rasa percaya dengan hikmah ujian. 

Allah itu Maha Melindungi, Maha Memberi, Maha Mendengar, Maha Nyata, Maha Luas. Letakkan tangan pada dada. Pejam mata. Tidakkah Allah itu selalu memberi kebaikan kepada kita? Tidakkah Allah itu selalu melindungi kita? Tidakkah Allah itu selalu bersama kita? Rasakan denyut nadi kita. Rasakan helaan nafas kita. Jika bukan kerana kasih sayang Allah, maka kerana apa lagi?

Untuk sahabat pembaca blog yang saya kasihi,

Saya juga kadang-kadang lemah.
Kadang-kadang goyah.
Kadang-kadang lemas.
Namun, ketika diri mampu bangkit, ketika diri sudah memperoleh kekuatan, saya rasa sangat perlu untuk sebarkan kebaikan. Untuk sebarkan kekuatan. Kerana boleh jadi, bila hati kita sedang kuat, ada jiwa-jiwa yang sedang parah. Maka, sebarkan lah kekuatan tika jiwamu sedang teguh. 

Mari kita sama-sama doakan antara satu sama lain. Mudah-mudahan kita semua sentiasa optimis dan tabah dengan apa yang menimpa.

Sabar.

Tabah.

Redha.

Tidakkah kamu sedar bahawa Allah begitu sayangkanmu?









~ I drop du'as. Not bombs ~




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...