بسم الله الرحمن الرحيم
![]() |
| dah lama teringin nak kek macam ni :) |
Jumaat. Hujan. Ramadhan. Nuzul Quran. Hari lahir. Uiam.
"Ya Allah, yang sedang membaca SMS ini adalah saudaraku yang ikhlas, sempena ulangtahun kelahirannya, berkati dia ya Allah, limpahkan kesihatan dan rizqiMu padanya, bahagiakan dia, teguhkan imannya, beri kenikmatan ibadah..perkayakan dengan ilmu, hiasi hatinya dengan sabar dan kasih sayang, muliakan wajahnya dengan taqwa dan indahkan fizikalnya dengan afiat, mudahkan semua urusan, ampuni dosanya, Amiiiin...=)"
Selesai membaca, airmata bergenang. Terharu. Sebak. Untuk pengirim, jzkk. Entah kenapa your du'as always touched my heart. Terserap masuk dalam hati.
"nak sekarang ke lepas saya balik dari Turkey? hehe"
Terima kasih atas ingatan. Du'as yang sentiasa kamu kirim itu sebenarnya lebih dari cukup berbanding apa yang ada kat atas dunia ni. Terima kasih kerana tetap ingat walau ke benua mana sekalipun. Terharu.
Hari lahir, ada istimewanya.
Namun terkadang, akan ada sesuatu yang pernah menjadi istimewa dan tidak lagi istimewa kerana perubahan masa. Tapi di setiap ketika, tersenyum lah dengan segala nikmat yang Allah beri.
Senyum bahagia
nota hati: sengaja saya privatekan tarikh lahir di fb. nak tengok sape ingat, sape lupa :)
nota hati 2: ada seseorang dah tak jalankan rutin dia wish birthday saya setiap tahun. senyum saja.
nota hati 3: saya bahagia dengan apa yang Allah hadiakan pada saya.
~ I drop du'as. Not bombs ~

No comments:
Post a Comment