بسم الله الرحمن الرحيم
![]() |
| tempat yang sudah lama saya jatuh cinta :) |
Detik hati.
Degup jantung.
Pantas.
Sepantas kilat.
dan
sepantas itu juga Ramadhan berlalu.
Pejam mata.
rasa macam mimpi.
terkadang penat,
terkadang goyah,
terkadang bahagia,
terkadang hiba,
terkadang tawa,
terkadang duka
kehidupan.
awak saya banyak bezanya.
sama macam satu dan dua, juga seperti hujan dan salji.
Lama rasanya tidak bercerita. Duduk diam buka mata, banyak kali juga tahan hiba. Banyaknya rasa rindu. Bergunung rasa ingin menjejak dunia uiam. Namun, ikatan hati saya pada tempat ini, lebih menebal. Kerana rasa amanah yang yang menjengah. Banyakkali juga hati berkata, "Tuhan, beri daku peluang untuk jatuh hati pada tempat ini"
Dan kerana Dia Maha Penyayang, Maha Pengasih. Maka terbitnya ruang dan peluang. Sehingga satu detik waktu, hati dan jiwa berdetak, "Tuhan, daku telah jatuh cinta dengan bumi-Mu ini. Tempat di mana telah Engkau tempatkan daku sebaiknya"
nanges laju-laju
Uniknya saya di sini, saya seorang sahaja yang bertudung labuh bulat. Tercabar? Tergugat? Tidak. Tahu kerana apa? Kerana saya dikelilingi akhawat yang sangat luar biasa. Ukhuwah yang maha hebat. Pada zahirnya, mereka mungkin kelihatan biasa sahaja tetapi mereka ini sangat mantap tarbiyahnya. Mereka ini sentiasa tidak jemu menyedut ilmu dan menyebarkan dakwah di bumi Tuhan. Sehingga terasa kerdilnya diri ini.
maka, nikmat manakah yang kamu dustakan?
Kalau nak tahu, saya selalu rasa sebak setiap kali dalam kelas. Mungkin kerana saya kagum dengan diri setiap pelajar disini. Mereka semuanya rajin dan sangat happening.
Pegang hati, ada rasa sebak.
Di sini, ada amanah yang di pegang, di sini lain benar dengan dunia belajar ijazah, di sini terlalu jauh untuk menatap wajah-wajah yang saya rindu. Sejujurnya, ketika melihat gambar reunion sahabat saya, family bahagia kami di bumi uiam dulu, ada sebak dan airmata yang bertakung.
Realiti hidup, macam roda. Kita tidak akan selamanya berdiri pada satu tempat. Kekadang kita perlu berlari, perlu berjalan, perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Supaya, kita belajar dari kehidupan. Kerana di setiap sisi hidup kita, ada ibrah yang mampu kita renungi.
Sebak bertandang.
Saya rindu.
Tidak tipu.
Semoga Allah sampaikan rindu saya ini pada kalian yang menghiasi hidup saya dengan warna pelangi.
Buka nota cinta hijau, ada nota bertanda.
Tertulis cantik.
"sebab haluan hidup setiap dari kita tu memang miracle" (Mon, 2012)
semoga Ramadhan ini yang terbaik buat kita semua.
Allaumma Aameeeen.
~ I drop du'as. Not bombs ~

No comments:
Post a Comment