إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

26 Julai - 17 Ramadhan



بسم الله الرحمن الرحيم


dah lama teringin nak kek macam ni :)



Jumaat. Hujan. Ramadhan. Nuzul Quran. Hari lahir. Uiam.

"Ya Allah, yang sedang membaca SMS ini adalah saudaraku yang ikhlas, sempena ulangtahun kelahirannya, berkati dia ya Allah, limpahkan kesihatan dan rizqiMu padanya, bahagiakan dia, teguhkan imannya, beri kenikmatan ibadah..perkayakan dengan ilmu, hiasi hatinya dengan sabar dan kasih sayang, muliakan wajahnya dengan taqwa dan indahkan fizikalnya dengan afiat, mudahkan semua urusan, ampuni dosanya, Amiiiin...=)"

Selesai membaca, airmata bergenang. Terharu. Sebak. Untuk pengirim, jzkk. Entah kenapa your du'as always touched my heart. Terserap masuk dalam hati.

"nak sekarang ke lepas saya balik dari Turkey? hehe" 

Terima kasih atas ingatan. Du'as yang sentiasa kamu kirim itu sebenarnya lebih dari cukup berbanding apa yang ada kat atas dunia ni. Terima kasih kerana tetap ingat walau ke benua mana sekalipun. Terharu.

Hari lahir, ada istimewanya.
Namun terkadang, akan ada sesuatu yang pernah menjadi istimewa dan tidak lagi istimewa kerana perubahan masa. Tapi di setiap ketika, tersenyum lah dengan segala nikmat yang Allah beri.

Senyum bahagia



nota hati: sengaja saya privatekan tarikh lahir di fb. nak tengok sape ingat, sape lupa :)

nota hati 2: ada seseorang dah tak jalankan rutin dia wish birthday saya setiap tahun. senyum saja. 

nota hati 3: saya bahagia dengan apa yang Allah hadiakan pada saya.











~ I drop du'as. Not bombs ~




this one, it hurts...


بسم الله الرحمن الرحيم




Rasa macam nak masuk bawah meja, tutup lampu dan nanges laju-laju. Lama dah rasanya tak ada perasaan yang macam ni.

saya tahu, manusia memang macam-macam tapi this one......



saya tak tipu.
it hurts so much.






~ I drop du'as. Not bombs ~


Sisi kehidupan


بسم الله الرحمن الرحيم


tempat
yang sudah lama
saya jatuh cinta
:)



Detik hati.
Degup jantung.
Pantas.
Sepantas kilat.
dan
sepantas itu juga Ramadhan berlalu.

Pejam mata.
rasa macam mimpi.
terkadang penat,
terkadang goyah,
terkadang bahagia,
terkadang hiba,
terkadang tawa,
terkadang duka

kehidupan.

awak saya banyak bezanya.
sama macam satu dan dua, juga seperti hujan dan salji.

Lama rasanya tidak bercerita. Duduk diam buka mata, banyak kali juga tahan hiba. Banyaknya rasa rindu. Bergunung rasa ingin menjejak dunia uiam. Namun, ikatan hati saya pada tempat ini, lebih menebal. Kerana rasa amanah yang yang menjengah. Banyakkali juga hati berkata, "Tuhan, beri daku peluang untuk jatuh hati pada tempat ini"

Dan kerana Dia Maha Penyayang, Maha Pengasih. Maka terbitnya ruang dan peluang. Sehingga satu detik waktu, hati dan jiwa berdetak, "Tuhan, daku telah jatuh cinta dengan bumi-Mu ini. Tempat di mana telah Engkau tempatkan daku sebaiknya"

nanges laju-laju

Uniknya saya di sini, saya seorang sahaja yang bertudung labuh bulat. Tercabar? Tergugat? Tidak. Tahu kerana apa? Kerana saya dikelilingi akhawat yang sangat luar biasa. Ukhuwah yang maha hebat. Pada zahirnya, mereka mungkin kelihatan biasa sahaja tetapi mereka ini sangat mantap tarbiyahnya. Mereka ini sentiasa tidak jemu menyedut ilmu dan menyebarkan dakwah di bumi Tuhan. Sehingga terasa kerdilnya diri ini.

maka, nikmat manakah yang kamu dustakan?

Kalau nak tahu, saya selalu rasa sebak setiap kali dalam kelas. Mungkin kerana saya kagum dengan diri setiap pelajar disini. Mereka semuanya rajin dan sangat happening.

Pegang hati, ada rasa sebak.

Di sini, ada amanah yang di pegang, di sini lain benar dengan dunia belajar ijazah, di sini terlalu jauh untuk menatap wajah-wajah yang saya rindu. Sejujurnya, ketika melihat gambar reunion sahabat saya, family bahagia kami di bumi uiam dulu, ada sebak dan airmata yang bertakung.

Realiti hidup, macam roda. Kita tidak akan selamanya berdiri pada satu tempat. Kekadang kita perlu berlari, perlu berjalan, perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Supaya, kita belajar dari kehidupan. Kerana di setiap sisi hidup kita, ada ibrah yang mampu kita renungi.

Sebak bertandang.

Saya rindu.

Tidak tipu.

Semoga Allah sampaikan rindu saya ini pada kalian yang menghiasi hidup saya dengan warna pelangi.

Buka nota cinta hijau, ada nota bertanda.
Tertulis cantik.

"sebab haluan hidup setiap dari kita tu memang miracle" (Mon, 2012)

semoga Ramadhan ini yang terbaik buat kita semua.

Allaumma Aameeeen.







~ I drop du'as. Not bombs ~


cerita tiada tajuk

بسم الله الرحمن الرحيم







"kalau nak doa, mana boleh cakap. nanti tak mustajab" kata akhawat semasa saya hampir menutup mata beberapa malam yang lalu.

diam sejenak.

sudah lebih seminggu saya berada di sini. Dalam sibuk membiasakan diri saya dengan keadaan, persekitaran,  sistem dan juga syllabus di sini, saya rasa ada sesuatu yang menapak hati saya.

Alhamdulillah. sikit-sikit dah rasa selesa kat sini. Saya tahu, kat sini tak sama dengan uiam. Semuanya berbeza. Tapi saya tahu, ada sebab nya saya berada di sini. Bukan kah Allah sudah menuliskan yang terbaik dalam hidup kita, buat diri kita. Senyum tabah.

Untuk akhawat 1,
terima kasih sebab tolong saya, teman saya dalam masa dua hari saya menumpang di sana. terima kasih kerana bersama saya ke sana ke mari sehinggakan tertidur-tidur. terima kasih juga untuk kenangan dhuha yang awak tinggalkan kepada saya. saya sayang ukhti! =)

Untuk akhawat 2,
terima kasih kerana bagi saya pinjam itu ini, tiada berkira dengan saya. terima kasih untuk telinga yang mendengar akan celoteh saya tak kira masa. terima kasih sebab belanja makan. terima kasih sebab pergi riadhah bersama saya walaupun tak pergi daurah bersama. saya sayang ukhti banyak-banyak. lepas ni saya tak guna dah periuk ukhti untuk masak  mee kerinting tu. hihi

Untuk akhawat 3,
terima kasih kerana being sooooo nice to me. walaupun baru kenal, tapi awak sangat baik dan ramah. Ukhti sorang ni punya sikap yang wajar dicontohi oleh rata-rata akhawat di luar sana. yang teman saya merepek, bercerita, berkongsi itu ini, terima kasih untuk semuanya. saya sayang sangat ukhti! ;D

Untuk 3 orang sahabat yang bersama saya pada malam hari,
yang keluar makan-makan bersama pada ketika saya sedang membiasakan diri dengan suasana baru, yang bergelak ketawa, yang tersenyum terharu bersama, terima kasih semuanya. terima kasih untuk  harga sebuah kenangan. saya sayang kalian ^__^

Untuk seseorang di kejauhan sana,
Jzkk. :)  Mungkin ada masanya kita sedang berteka-teki. Ada masanya kita saling memahami. Ada masanya, kita sendiri keliru. Ada masanya kita saling menguatkan. Ada masanya, kita saling risau. Ada masanya kita seperti goyah. Dan setiap masanya, semua bahasa hati saya, kamu fahami. Semoga kita terus-terusan saling mendoakan. =)


Kenangan Ramadhan 3, saya sakit terlantar. Mungkin kaffarah dosa. Doakan.
Ramadhan semakin laju bergerak, mari  kita sama-sama tambah amal :))


semoga Allah redha







5.15 pagi waktu London







~ I drop du'as. Not bombs ~




Update: Saya selepas GRAD =)


بسم الله الرحمن الرحيم


program agm terakhir sy di uiam.
senyum.
bacaan doa yg masuk terserap dalam hati.
pertama kali ada rasa sentuhan dalam doa.
suatu rasa ikhlas yg saya mampu rasa dengan hati.
moga Allah redha.



ketuk kepala banyak kali.
ada orang rindu.
eh....

senyum dalam-dalam.

"nusrah da grad tapi kat mane sekarang eh?"

"kenapa diam je sekarang ni, nusrah?"

"ramai tanya, awak kat mana sekarang ni nusrah"

alahai.
diam sebentar.
hmm. fikir.
nak bagitahu tak kat kalian semua ni ye? huhu

okay lah, ni saya nak bagi update sikit dekat my blog reader yang setia, yang selalu doakan saya sejak dulu sampai sekarang. huhu. So far, saya ni masih lagi di Malaysia. Ehemm.. gaya macam soon akan fly, kan? haha.

Sebenarnya lepas grad hari tu, saya having adjustment dengan keadaan diri. So a bit kelam kabut dan sengaja la tak online. After two weeks duduk rehat dekat somewhere (which is for sure agak jauh, bukan di sini, eheh), saya ke UIAM yang saya cinta dan rindu.hihi.

Dua hari berada di uia, untuk menyelesaikan beberapa perkara tapi lain juga yang jadi. but Allah knows best. Isn't it? *tunduk.senyum*

Dan setelah beberapa interview, saya akhirnya sudah dapat kerja. Still, somewhere in Malaysia. Syukur dengan rezeki yang tak terduga. Menganggur pun dua minggu je. Right after result keluar, saya dapat kerja terus. Alhamdulillah. Errr tapi kan, saya tak check result lagi la. Ini serius tau. huhu *teruknya*

So macam tu lah, kiranya sekarang ni saya sedang kerja. Doakan lah saya, semoga pekerjaan ni penuh berkat dan masih dalam redha-Nya. Aameeeen.

dan berkenaan Holland, itu kita cerita esok lusa ye. hihi

--------------------------------

Ramadhan dah tiba. Saya rasa Julai kali ni agak istimewa. hehe. kenapa? sebab........ tunggu ye. nanti saya bagitahu. hehe. okay itu itu sahaja update dari saya. nanti saya cerita lagi esok lusa (kalau ada masa). heee




nota hati: saya tak tahu nak rungkai ayat yang bagaimana untuk mengatakan bahawa betapa baiknya para akhawat melayan saya setiap kali saya ke uiam.

nota hati 2: tergamam jugak diri bila duduk makan semeja dengan blog reader saya.huhu. *segan*

nota hati 3: teringin nak sambut Ramadhan kat uia. cuma tak tahu sempat ke tak.

nota hati 4: semoga kita masih terus saling mendoakan. senyum

nota hati 5: terima kasih kerana memahami bahasa hati saya.






tak sabar nak dapat t-shirt APG.huhu










~ I drop du'as. Not bombs ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...