"Kak Nusrah, jom pergi kursus kawen"
Teringat.
Ajakan adik saya sebelum final exam bermula. Memang saya ada lah terfikir nak pergi tapi tak sangka pulak ada orang nak ajak pergi. Walaupun dia ajak-ajak ayam je kot. Tak pun dia ajak saya sebab dia nak ajak orang lain sebenarnya. Haha. Ok maaf. Saya jahat. Sengaja nak merapu dulu.
Saya sebenarnya time tu tak allocate pulak duit untuk pergi kursus kawen. Jadi, ketiadaan duit lah nak bayar yuran kursus kawen. =p Boleh sahaja cuba mintak ngan ayah tapi macam entahlah. Sekali sekala guna duit sendiri untuk urusan masa depan, apa salahnya kan? Padahal duit sendiri tu datang dari parents jugak. Heee. Takpelah, mungkin bukan rezeki saya nak gi kursus kawen kali ni. Lagipun, saya takde teman lah. Bukannya boleh duduk sebelah menyebelah ngan adik saya ni pun. Haha. Agak-agak nanti ada lagi sekali tak before saya grad? huu~
Saya kan, pernah lah kunun2 berangan nak gi kursus kawen dengan future husband. Tapi nak tunggu pergi dengan future husband ni, entah zaman bila lah. Entah-entahfuture husband saya tu nanti tak perlu ambil kursus kawen pun sebab dah ada SMU. Hah~ so, baik jangan tunggu future husband yang belum pasti siapa tu. Heee.
Saya ni, jumpa calon suami pun belum, pergi kursus kawen pun belum. Jadi, tak payah lah tanya saya bila saya nak kawen yea. Sila-sila lah tanya pada mereka yang dah pergi kursus kawen tu. It means they are ready enough and on their way to get married with the whom they loved. Of course not me. ^^
Pernah tak rasa penat dah nak cari dan usaha? Pernah tak rasa macam dah malas nak fikir? Pernah tak rasa macam nanti mesti mati dulu sebelum sempat kawen? Saya pernah rasa itu semua.
Ok. itu sahaja.
Saya dah habes study Islam & Psyc. Tinggal nak mengulang baca beberapa kali lagi.
Mengantuk.
Sebab tu saya tules entri ni. Sebab masa saya study tadi, saya teringat kat Kursus Kawen tu dan teringat pulak dekat orang yang ajak saya tu yang sedang berhempas pulas jawab exam Separation =p
![]() |
| sem ni takde subjek sama hari. main gilir-gilir jawab exam lah pulak =p |
nota hati: cerita nikah kawen jodoh tunggu cari apa semua tu takkan habes selagi kamu tak kawen wahai Nusrah. =,="
~ I drop du'as. Not bombs ~


No comments:
Post a Comment