![]() |
| Lailatussa'adah. ketika dia membawa saya jalan-jalan. saya curi-curi snap je ni :) |
Malam yang bahagia.
Pernah rasa setiap malam adalah membahagiakan tak?
Saya bahagia.
Bukan malam-malam je.
Siang hari, pagi-pagi pun saya bahagia.
Bahagia saya di UIAM ni adalah bila ada dia.
Dia yang bernama Lailatussa'adah.
Dia kawan yang baik. Kekadang bila fikir balik, saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh berkawan dengan dia. Macam pelik je rasanya. Tapi saya selalu dapat kawan baik yang seseorang yang saya tak expect bahawa dia akan jadi kawan saya. Seseorang yang saya rasa macam tak caya je dia akan rapat dengan saya. Huuu~
![]() |
| mengimbau kenangan lalu~ |
Flashback....
Down-To-Earth Mahallah Ruqayyah [SRC 2009/2010]
Masa tu, saya masih ingat, saya berkawan rapat dengan Fathi. Dia, Fatin dan Dhila serta saya kan satu geng. Nak jadikan cerita, malam DTE tu saya ada meeting AN'10. Mujur lah Head saya tu baik orangnya. Masa tu pegang biro PC. Hee head saya suruh pergi je DTE tu. Malam tu Fathi jemput saya dengan keretanya. Dia datang bersama dua orang kawannya. Salah sorangnya adalah Lailatussa'adah atau lebih mesra dipanggil Lela. Sorang lagi saya tak ingat siapa.
Masa tu saya takde lah bercakap mana dengan Lela. Senyum je pun macam mahu tak mahu. Dan Lela cakap saya sombong. To be truth, kebanyakan orang baru kenal saya, memang akan cakap saya nampak macam sombong. Ei? Tapi bila dah kenal... pergh peramahnya dahsyat jugak.haha [itu menurut diorang lah].
Lepas tu, saya bekerja lagi dengan Lela dalam AGM SRC 09/10. Masa ni saya jadi Head Pub Pro dan Lela jadi Prep Tech. Time ni pun takdelah bercakap mana dengan Lela. Sebab saya berpartner dengan Dhila kot. Dan subcom saya juga geng saya je. Sayed, Azan, Khair Azizi, Fatin, Saffa, mereka semua ni subcom saya. Memang best sangat dengan dorang ni. Eh, dah lari topic pulak.
Pastu saya kawan dengan Lela yang betul-betul kawan nya masa kami TERjumpa kat Students Admin Dialogue SRC 2010/2011. Masa tu la dok sesama ngan Lela dalam tu. Time tu juga banyak sembang-sembang ngan Lela. Dan pertama kali juga kami bertukar num fon. Saya tanya dia, nak saved nama apa ni? Dia cakap Lela comel. Time tu saya pun saved la number hp dia ngan nama Lela Comel. Sampai sekarang tak tukar-tukar. Saya memang macam ni. Saya senang je nak saved nama orang dengan nama yang dia mahu jika itu menggembirakan dia. ^^
Kemudian, kemuncak persahabatan kami ialah ketika dalam CONVEST'11. Saya proposed dia memegang jawatan dalam biro Sponsorship. Alhamdulillah, Allah izin, dia terima. Semuanya terjadi dengan kehendak Allah. Kami berkawan macam biasa atas nama keimanan. Ukhuwah yang dibina bukan kerana harta, bukan kerana rupa tetapi ukhuwah fillah. Masa berkawan tu, masa LIDV Convest, masa tu birthday saya. Dia adalah orang yang wish kat saya masa waktu saya lahir.
Kalau nak tahu, setiap tahun, saya memang tunggu siapa yang wish kat saya masa waktu saya lahir berbanding siapa yang wish first. Saya akan appreciate sangat those yang ucap selamat masa tepat waktu saya lahir walaupun dorang tak tahu pun. Ok lari topik lagi. Lama kelamaan kami jadi makin rapat sebab saya selalu bersama team SP. Sebab saya ada sikit experience dengan geng sponsorship masa Convest'10 dan sebab PIC dorang pun bercuti lagi time tu. Eh, tengah cuti ke apa entah.
![]() |
| credit to photographer yg sudi menemani kami nuramirah shahrin :) |
Makin lama makin rapat. Rapat rapat dan rapat. Banyak benda share dengan dia. Sampai saya pernah menangis depan dia. Dia satu-satunya manusia yang pernah tengok saya menangis dengan begitu dahsyat. Dia sahabat pertama yang memeluk dan mengusap bahu saya ketika saya menangis. Dia yang tak pernah memaksa saya bercerita. Saya hanya duduk dan menangis. Dan dia setia menemani. Tidak bertanya tidak memaksa. Baik kan dia?
Dia yang selalu beri nasihat, yang selalu meyakinkan saya dengan kuasa Allah. Dia yang selalu bersama susah dan senang. Dia yang bersama saya tidur kat office. Dia yang bersama saya tidur kat masjid. Dia yang melihat saya menangis merintih di sejadah kala hati tidak kuat. Dengan dia saya rasa seperti duduk bersama seorang ibu. Dan dia juga merupakan sahabat pertama yang melihat perubahan diri saya, penghijrahan saya. :)
Sepanjang Taaruf Week juga, dia adalah orang yang menyaksikan segala duka lara saya. Dia yang tahu perit hati nak hadapi dugaan yang macam berat. Saya ingat lagi malam tu di Mahallah Salahuddin. Masa nak tidur tu terjadi beberapa hal.. Masa tu kami berdua sama-sama dah terbaring di katil dan bantal yang sama;
"Nusrah, tidurlah..."
"Kita rasa nak nangis.." [tapi airmata tak turun pun]
"Awak sabar yea.."
"Tapi kenapa dia buat macam tu? Kita tak faham..."
"Mungkin bla..bla..bla....dah, tidur jom. Jangan fikir sangat dah.."
"Okaylah. Takpe, tidur je lah..." [walaupun sebak yang menggunung dalam hati]
"Esok pagi, mesej la f***i tu. Since dia boleh tenangkan awak.."
"Ok. esok mesej dia..jom lah tido.."
"Jom.. selamat malam, Nusrah. Jangan sedih, eh..."
"Ok tak.." [terus pejam mata dan airmata pun mengalir laju]
***************************
Lela selalu bawak saya jalan-jalan. Selalu teman saya makan. Selalu tenangkan diri saya. Dia kan tak pernah jemu pun dengar cerita saya. Dia sangat baik dengan saya. Baik buruknya dia, dia tetap kawan yang hebat di mata saya. Terlalu hebat. Tahniah kepada ayah dan ibu Lela sebab melahirkan anak perempuan sebaik dia. Anak perempuan solehah yang inshaAllah membawa ke syurga.
Saya sayang Lela.
Sangat sayang.
Kalau jadi apa-apa dekat dia, saya rela tukar dengan nyawa saya.
I would rather protect her than myself.
She is so precious to me.
Lailatussa'adah, saya sayang awak sangat sangat sangat.
Mari berpimpin tangan menuju syurga Allah.
^______^
Semoga Allah jaga Lela dengan baik. Aameeeen ;)))
![]() |
| susah payah juga curi snap picture ni. hehe :) |
"Awak, minta maaf zahir batin ye kalau ada buat salah / tersinggung kata dekat awak. All the best exam esok. Syg awk ;-) "
- Lela Comel [SMS yang saya terima sebelum paper terakhir]
~ I drop du'as. Not bombs ~




No comments:
Post a Comment