إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Cerita Hati Nur 3 :)


Let the right one in..
Let the old dreams die..
Let the wrong ones go..

Hujan turun lagi. Bibir mengukir senyum. Hati cuba berbahagia. Indah. Lama menyepi. Beberapa hari lalu, hujan turun dengan lebat. Entah kenapa hati terasa sedih. Tiba-tiba terima berita duka. I’ve been waiting for two years. But now… Alhamdulillah, dalam tempoh membuat persediaaan, meminta jawapan dari Allah, saya dapat hasilnya. Allah sayang saya. Itu yang saya tahu.

Lega. That’s all what I feel. Duduk dalam gelap sorang-sorang dan menangis semahunya. Dah lama saya tak buat macam tu. Berita hari ahad lepas sangat memijak-mijak hati saya. Saya ingat saya kuat rupanya tidak. Pertama kali rasanya saya tidak menangis beria-ia. Yang saya tahu, air mata saya sangat mahu menitis. Tengah study pun tetiba jatuh air mata. Saya kesat air mata dan teruskan pengajian. Takpe, mungkin saya perlukan masa dua tiga hari untuk ubat hati. Allah kan sayang saya.


Keesokannya memang tidak di duga. Saya jatuh sakit. Err..bukan la sakit teruk pun. Saya tak tahu sama ada emosi yang tak stabil mempengaruhi system immune saya ataupun saya sakit sebab saya memang sakit. Jauh dari sudut hati saya bersyukur bila Allah beri saya sakit. Sepanjang merasa sakitnya pada hari tu, saya langsung lupa akan rasa sedih saya pada hari sebelumnya. Tengok, Allah kan sayang saya. Dia hadiahkan saya sakit bukan sebab benci pada saya. Kurang-kurang, Allah dah jauhkan saya dari perasaan sedih pada bukan hak saya. Saya bersyukur. Dan Alhamdulillah. Saya menangis cuma sekali itu sahaja. Nampaknya saya semakin matang menghadapi dugaan hidup. Mungkin sebab saya dah buat pencegahan awal-awal. Heeee.

Semalam dia tersenyum menyapa diri
Hari ini saya tersenyum mengubat hati
Dia sudah berlalu pergi
Saya masih di sini


Berkenan dengan saya?

Sejak dua menjak ni kan, ada la yang merisik-risik akan saya. Ehem..ramai pulak yang berkenan dengan saya. Ramai berminat nak jadikan saya sebagai kakak ipar. Nak kenenkan ngan abang dorang la dan macam-macam. Yang latest, dalam kelas tadi. Malu jugak bila classmate buat statement camtu. Tak sangka la ada orang berkenan nak buat saya jadi kakak ipar. Err...takkan tak perasan yang saya ni belum cukup matang dan perangai macam budak-budak? huu~

Cuma di sini, apa yang saya nampak, Allah sedang mengajar saya tentang satu perkara. Kadang-kadang kita terlalu memandang satu benda terlalu lama sehinggakan kita dah tak menoleh pada yang lain. Kita terlalu berharap pada perkara yang tidak sepatutnya sehinggakan kita telah tutup pintu bahagia yang lain. Hari ini saya belajar supaya tidak menutup pintu bahagia sendiri serta jalan bahagia orang lain. Dan seandainya kita kehilangan satu benda yang kita sayang, Allah sudah gantinya dengan berbagai-bagai benda lain. Cuma kita sahaja selalu tidak perasan.


Classmate saya yang tadi tu kan, yang berkenan nak buat saya jadi kakak ipar tu kan, dia kan, nak tolong saya. hehe. Tadi cerita kat dia pasal wedding plan tu. Pastu tau dia cakap apa? Hehe. "Takpe, takyah susah-susah fikir. Nanti saya amik wedding plan abang saya. Saya amik sume part bajet ape sume tu. Dah setel satu keje awak. Ok?" Wahhh.. saya dah senyum melebar-lebar lah. Seronoknya rasa sebab setel bab wedding plan. Hihi. Dan pengantin pun saya dah jumpa. Cuba teka sape? Jeng..jeng..jeng! ^______^

Adanya ketenangan

Saya bila sedih saya akan jenguk satu tempat ni. Kalau bahagia pun saya akan singgah kat tempat tu jugak. Kerana di situ adanya ketenangan. Apa tempat tu? Satu hari nanti saya akan bagitau. Tapi setakat ni, memang takde yang mampu mengalahkan tempat ni. Tempat yang saya maksudkan ni ialah satu website. Entah kenapa hati saya sangat cenderung dengan setiap post orang ni. Dan saya banyak belajar dari situ. Dari situ jugak saya menambahkan kekuatan. Semoga Allah hadiahkan pahala dan merahmati dia (penulis) selalu. :)

Kamu Dia Awak Mereka


Kamu,
Masih seperti dulu. Tak dengar cakap saya kan? Saya pesan jangan dekat tapi still tak ada perubahan. Hari-hari saya tanya Allah macam mana nak buat dan saya masih belum dapat jawapannya. Kamu, saya sangat bimbang sebenarnya. Kalaulah kamu tahu apa yang saya rasa...

Dia,
Sudah pergi. Jauh. Dan saya sedang belajar melupakan. Saya sedang belajar untuk tidak kecewa. Saya sedang belajar untuk tidak menitiskan air mata. Saya sedang belajar semua tu supaya suatu masa nanti saya masih tersenyum melihat dia di majlis pernikahannya. :)

Awak,
Yang selalu bersama saya. Yang selalu dengar keluh kesah saya. Yang selalu juga menghenyak hati saya. Kalaulah awak tahu bahawa awak adalah manusia paling bertuah atas bumi ni UIA ni. Kalaulah awak tahu cerita kita sama sahaja sebenarnya. Kalaulah awak tahu perit jerih yang saya lalui ni adalah kerana awak. Kalaulah awak tahu..tapi awak tidak tahu..tak mengapa.

Mereka,
Yang masih berteka-teki. Yang masih tersenyum riang. Yang masih membawa cerita itu ini. Dan yang masih selalu buat saya tersenyum. Terima kasih. ^___^

Kamu dia awak mereka adalah kenangan indah dalam hidup saya. Dan membawa makna yang tersendiri. Cuma sekarang ni dia sudah berlalu pergi. Tiada lagi dia. Cuma tinggal kamu awak mereka. Saya yakin, suatu masa nanti kamu awak mereka juga akan berlalu pergi. Bukan sekarang tapi esok lusa siapa tahu. Jadi, perlu bersedia daripada sekarang. Semoga Allah menjaga kita semual. Saya sayang kamu dia awak mereka. ;''')

Buku baru dan lama

February sudah berakhir. March sudah bermula. Saya sudah lama tutup buku lama dan buka buku baru. Sekarang ni nak tutup chapter lama pulak dan buka chapter baru. Yang lama itu bukan perlu dilupakan tetapi perlu ditinggalkan. Suatu masa nanti saya mungkin perlu bukak chapter lama untuk belajar darinya. Untuk menyedut kembali setiap ibrah dari kisah-kisah pahit dan manis. Tidak semua yang pahit itu buruk dan tidak semua yang manis itu indah. Kita mampu menjadikan yang pahit itu indah andai kita mampu mengutip pelajaran darinya. Percayalah.


Dulu saya pernah kecewa dengan hidup. Pernah merasa putus asa. Pernah merasa pahitnya hidup. Semakin lama, semakin jauh saya berjalan, semakin banyak saya mengutip pengalaman, di situ saya sedar akan banyak perkara. Allah sedang menguji. Dan setiap ujian Dia terhadap saya adalah kerana Dia sayang saya. Dari situ saya sedar, rasa sakit dan kecewa itu lebih indah apabila ia mendekatkan kita terhadap-Nya. Apatah lagi bila kita mampu merintih dan mengadu kepada-Nya. Sentiasa ingat dalam perkara, Allah sentiasa ada bersama dengan kita walau apa pun yang terjadi. Do remind this to yourself. Ok? ;D

Belajar dari kisah lalu,
Jangan kecewa dengan hidup,
Kerana yang pahit telah berlalu,
Teruskan berjuang selagi masih hidup.


nota hati: Ada orang cakap saya ni macam baru putus tunang. Senyum. tak mahu komen apa-apa.
nota hati 2: jauh dari sudut hati, masih bersisa rasa sedih itu. Semoga tak ada yang sebut-sebut nama dia dah. Sebab saya tak tahu nak bereaksi macam mana.
nota hati 3: Semoga HTJ akan mengubat segala duka saya suatu hari nanti. Ameeeeen.
nota hati 4: Kamu, belajar hidup tanpa saya okay? Saya tetap akan pesan ni berulang kali. Sampai saya sendiri boleh hidup tanpa kamu. :)





~let the wrong ones go~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...