Seminggu berlalu...
Seminggu menahan segala rasa...
Seminggu menahan air mata...
Seminggu berusaha menjadi kuat...
Seminggu....
Selama berhempas pulas dengan tugasan, dengan aktiviti ko-kurikulum, dengan peperiksaan, dengan kuiz, dengan diskusi, selama itu juga saya melawan segala rasa hati. Selama itu saya berusaha melalui hidup dengan cekal dan tabah. Selama itu juga saya cuba untuk melupakan buat sementara tentang apa yang membelenggu jiwa dan fikiran.
Dan tika mata terpejam saat melenakan diri, ada airmata menitis keluar...
Bangun pagi, senyum. Suasana sunyi sepi memberi peluang untuk meluahkan segala rasa pada Kekasih hati. Dia tahu gundah gulana jiwa saya, Dia tahu duka lara hati saya, Dia tahu penat lelah diri saya, Dia tahu bahagia hati saya. Semuanya Dia tahu. Satu-satunya tempat bergantung untuk saya. Allah... ;'''')
Ya, saya penat. Seminggu dua ni saya terlalu penat yang amat. Segalanya saya lawan sahaja. Jadi, tak hairan lah kalau seminggu dua ni awal benar saya terlelap. Dan saya sedar, setiap kali tutup mata, setiap kali tu lah airmata menitis. Itu tandanya, diri sedang melepaskan segala rasa penat untuk sepanjang hari yang di lalui.
Agak-agak apa rasa kalau kita orang suruh kita tunggu lepas tu dia senyap tanpa berita? Dia suruh kita tunggu tapi tiba-tiba dia pergi jauh. Agak-agak apa kalian rasa?
Kecewa? Sedih? Terluka? Bahagia?
**********************************
Dia I
Dah pergi. Tak bagitahu saya langsung. Dia janji nak cakap dulu. Dia cakap akan datang tapi tiba-tiba dah pergi. Jauh. Jauh. Sangat jauh. Takpe, saya tak marah pun kalau nak pergi. Saya tak marah pun kalau taknak cakap dulu. Saya tak marah. Takpe. Takpe. Saya ok je.
Dia II
Menyapa entah dari mana. Rupanya bagaimana, suaranya bagaimana, dirinya bagaimana, saya langsung tidak tahu. Yang saya tahu, dia menyapa dengan penuh tatatertib. Yang menanti jawapan yang entah bila saya boleh khabarkan.
Dia III
Masih begitu. Masih begini. Saya tak kisah pun kalau dia jauh. Malah saya lebih suka. Dia tak perlu pujuk saya. Dia tak perlu pun buat macam tu sebab saya dah tak kisah. Saya betul-betul tidak kisah. Jangan risau.
Dia IV
Yang memegang tangan saya dan berjalan bersama. Yang bercerita itu ini yang tanpa sedar memijak-mijak hati saya. Yang membawa khabar yang langsung saya tidak jangka. Saya hanya mampu tersenyum walaupun saya terkejut. Saya hanya mampu tersenyum walaupun saya mahu menangis. Sampai sekarang saya tidak berpeluang untuk menangis. Hanya mampu tersenyum. Takpe. Allah dah pujuk saya.
Dia V
Yang pernah mengusap bahu saya, yang pernah berkata tentang hebatnya cinta Ilahi. Yang berkongsi impian untuk ke syurga-Nya. Dia masih seperti dulu. Tersenyum manis di hadapan saya. Saya masih seperti dulu. Mengalah dengan dia dalam segala hal dan dia tak pernah tahu. Takpe, mengalah bukan bererti lemah. Tetapi ia mematangkan saya sebab saya sayang dia.
*************************************
Kadang-kadang, dalam hidup ini, melawan rasa sedih, terkilan, marah, kecewa dan sebagainya itu adalah labih baik daripada menghamburkannya. Selama bersedih itu, saya cuba menjauh dari segalanya. Saat hati terasa di cengkam-cengkam, memang saya lari ke masjid tanpa ragu. Saat hati berasa berat dan terkejut, masjid jua tempat untuk tenangkan diri. Sekalipun tiada sahabat dan manusia yang memujuk, ingatlah bahawa Allah ada bersama kita.
Jangan pernah malu untuk menangis. Semua manusia punya airmata. Samaada lelaki atau perempuan, semuanya pernah menitiskan airmata. Dan jangan lah merasa sedih dan berputus harapan. Saya yakin, kalian tahu untuk memujuk diri sendiri.
Seminggu berlalu...
Saya tidak tahu apa akan terjadi...
Saya juga tidak tahu keputusan apa yang harus diberi...
~ speechless ~


No comments:
Post a Comment