إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Doa buat saya :)



Saya baru selesai baca 6 artikel untuk kelas Parenting esok. :) Mujurlah artikel tu senang nak faham. Ketua group lah punye pasal kasi artikel last minute. (err..Nusrah, sila belajar untuk tidak salahkan orang lain. huu)

Malam ni nak buat short post je. Sekadar teringat. Mungkin sebab dah lama sangat tak bersembang dengan kamu. Rasa lain macam juga. tapi Alhamdulillah. Kamu dah pandai hidup takde saya, kan? Dan saya pun inshaAllah macam tu juga. Jangan risau. :)

Saya tahu kamu akan baca ni cuma saya tak tahu bila kamu akan baca. Cuma nak cakap, sometimes, saya rasa saya masih perlukan beberapa nasihat dan semangat dari kamu. Dah pegang hp nak contact tapi macam segan pulak tetiba nak cerita. Solusinya, bercakap melalui doa sahaja sebab saya nak belajar hidup takde kamu. Boleh,kan?  ;'')

Saya kadang-kadang penat. Kadang-kadang macam nak bercerita berkongsi itu ini tapi saya rasa macam entahlah... Jadi, bila kamu baca ni, tolong titipkan doa buat saya yea. Walaupun kamu selalu ingat saya kuat, saya masih lagi perlukan doa dari kamu. Takpe, tak perlu pun nak call or mesej or inbox or ym or twitter or segala benda apa lagi lah. As long as lepas baca ni, kirimkan doa pada saya seikhlas hati pun dah berbaloi. Terima kasih, kamu! ^^



nota hati: Saya ada banyak cerita untuk dikongsi bersama tapi semuanya saya simpan sahaja sebab....

************************************

Post di atas adalah post seminggu yang lalu. Saya selesai tulis tapi kemudiannya saya tertidur dan selepas beberapa kejadian, saya simpan sahaja post ni dan wujud lah satu post yang kamu bertanyakan itu. Yang tersirat biarkan tersirat. Walaupun terkadang saya sendiri keliru dengan keadaan. Kamu, saya minta maaf. Sebab saya sentiasa keliru keliru dan keliru  =(


really want to say this= I DID IT!  :)




~ menjauh bukan bererti membenci ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...