Hari ni cuaca panas terik. Sangat terik. Macam dah lama rasanya bumi UIAM tak ditimpa hujan. Saya rindu hujan. Jauh dari sudut hati berdoa semoga hari ni hujan. Setiap hari berharap tapi hujan masih belum juga muncul. Tak ape lah, mungkin Allah nak bagi kita nikmat matahari dulu. Panas-panas cam ni boleh kering baju kat ampaian. Kalau hujan nanti tak study pulak. Banyak berangan dan rasa nak tido. Senyum.
Saya lenguh tangan sangat. Tengah buat mind map tuk subjek Fiqh. Berehat kejap tulis blog. Sebab sekarang dah sampai part History of Islamic Law. Petang-petang cam ni baca history memang ngantuk lah. Ada 5 stage lagi nak habes. Pastu khatam la saya tuk subjek Fiqh ni. Dan lepas tu boleh terus study Cognitive. Banyak lagi nak baca. Huu~
Semalam langsung tak boleh nak study. Dari petang sampai malam hilang fokus. Cuba jugak cari punca tapi tak tahu kenapa. Alhamdulillah hari ni dah boleh fokus dengan senang walaupun ada sekejap-sekejap ter'lost'. Semalam sempat jugak release tension sekejap. Puas hati dan lega. Alhamdulillah syukur sangat. Allah masih sayangkan saya. Senyum.
"nak curi masa Sayy sekejap boleh? Jom makan eskrem sama-sama"
"eh, eskrem dari mane? nak2! bawah pokok? :) "
Akhirnya saya dan Sayyidah dok bawah pokok tengah-tengah malam buta sambil makan eskrem bertemankan bulan dan bintang. Indah. Sangat indah. Sekadar nak menghilangkan rasa serabut, rasa stress, rasa yang macam-macam pada malam hari. Banyak bersembang berbicara tentang macam-macam dengan Sayy. Time tu teringat dekat ayah saya. Konfem kena bebel kalau dia tahu saya makan aiskrim malam-malam camtu. Heee mintak ampun! :)
Dan hari ni masih banyak lagi benda yang bermain di fikiran saya. Terlalu banyak. Sampai kepala rasa berat sangat. Allahurabbi...kenapa la jadi macam ni kan.Mungkin saya patut berehat sehari dua ni. Terlalu banyak fikir pun susah jugak. Nak fokus study pun susah.
Ok itu sahaja kot.
Jaga diri jaga hati.
Berusaha belajar sungguh-sungguh. Saya mahu pergi jauh. Jadi, tak boleh malas-malas. Ok kena berjuang melawan segala rasa macam. OK selamat maju jaya untuk semua. Selamat belajar. dan semoga selamat semuanya.
Senyum.
![]() |
| sengaja tak bagi nampak tulisan purple tu :) insyaAllah esok lusa saya tunjuk.ataupun tunggu lepas exam :) |
~tiada kata yang dapat menggambarkan rasa~


No comments:
Post a Comment