إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Terima kasih Allah untuk segala rasa ini :)


Selesai sudah kesemua peperiksaan untuk semester ini. Syukur Alhamdulillah untuk segalanya. Seronok? Sudah tentu. Sangat suka. Tapi tahap stress saya sebelum nak exam ni memang sukar dirungkai betul lah. mujur lah selalu dapat nota cinta dan surat cinta. Sering kali dapat kiriman yang sweet tu. Terima kasih yea :)

Social psychology

di masjid.waktu GM.baru je lepas balik dari kelas terakhir social psyc pd malam tu

Subjek favourite saya. Terlalu amat suka belajar subjek ni. Walaupun saya jatuh hati dengan Cognitive Psychology tapi saya rasa Social punya penangan lebih dahsyat. Saya melalui hari-hari yang sukar nak study Social sebab rumet dah balik. Huuu. Al maklumlah dorang tu nak terbang jauh. Sekarang dah sampai sana tak rindu saya agaknya ;’)

Tapi banyak juga sms yang saya terima. Ramai pulak tu yang mesej cakap all the best, be strong dan ape sume lagi tu. Heee. Thanks sesangat la yea ^^ sahabat-sahabat semua memang terbaik. Paling kurang, dapat la jugak naikkan semangat yang lentur. Dan buat yang call saya, 100000000000x terima kasih. Allah sahaja yang tahu macam mana bahagianya saya waktu tu. Terima kasih, sahabat! :)

Hujan rindu

jam 1:35 pagi. persiapan terkahir exam. itu lah teman-teman exam saya ;)

Ingat tak saya cakap UIA dah lama tak ditimpa hujan? Susah kan nak jumpa hujan apatah lagi hujan comel. Hujan comel tu sekali je saya jumpa. Tak ape lah kan :) Waktu tengah stay up, mata dah penat. Pastu sampai part nak check dalil untuk selitkan dalam essay nanti. Tapi sebab dah ngantuk sangat, pergi toilet, ambil wuduk, perform 2 rakaah prayer. Sebaik selesai sujud terakhir, hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba. Ya Rabb, bahagianya saya waktu tu. Tidak terhingga, tidak terkata. 3pagi time tu. Terus sahaja rasa tenang dan fresh. Duduk 2-3 minit depan tingkap menikmati hujan. Indah. Sangat indah. Tak boleh duk lama-lama, nanti muncul benda-benda pelik =P

Pastu sambung check dalil. Akhirnya hampir pukul 4pagi saya berjaya melelapkan mata. Usai subuh, sempat berteleku tengok-tengok notes sebelum pegi exam. Nervesnye saya time tu. Sangat nerves! Walaupun dalam hati ada rasa excited nak habes exam, tapi takut nak jawab exam ni mengatasi segalanya. Huuu~ Dan pertama kali jugak saya bawak hp gi exam. Sebab nak snap picture. Kena ada kenangan since segala benda favourite kan :) Err..tapi yang overnya sampai bawak dua hp. Ish~

Exam yang di nanti

beberapa minit sebelum pegi exam :)

Sampai kat Banquet, macam biasa lah, saya adalah antara orang yang terawal melangkah masuk. Memang dah biasa jadi yang pertama melangkah masuk. Style saya simple, pegi exam bawak pencil box yang hanya mengandungi alatulis dan matric card. Pastu slip exam. Cukup. Hp, jam ape sume tu memang tak. Jam pun rely kat dalam hall je (padahal sebab bateri jam habes dan tak ganti.hehe) Dan style saya, pegi exam bila nak dekat waktu masuk hall. Takdenya la nak datang setengah jam awal kea pa. sebab saya tak suka buat perbincangan di saat akhir di depan hall. Nanti habes kacau memory saya dan jadi information overloading. (err..kalau Madam yg ajar cognitive baca ni, mesti dia marah saya.sebab bagi information salah kat korang.heee)

walaupun curi-curi amek, tapi cantek jugak eh ;P

Bila masuk hall, saya sempat la curi-curi snap picture. Hurm agak-agak satu kesalahan tak? Ke cemana? Tertanya-tanya jugak ni. Huuu~ bila duduk jawab exam, Alhamdulillah untuk segalanya. Masih boleh tersenyum dengan soalan walaupun ada jugak part mcq yang macam keliru-keliru sikit. Sikit ke banyak? =P

“okay, put your pen. You are not allowed to write anymore….bla bla bla…”

Senyuman saya melebar-lebar. Senyuman paling sejati dalam semester ni agaknya. Ya Allah, gembiranya. Leganya. Terima kasih sangat. Bersyukur dengan nikmat ingatan, nikmat masa yang Dia kurniakan. Sangat bersyukur. Tapi time tu rasa macam tak nak keluar je dari banquet. Tak tahu lah kenapa. Sayu sangat kot.

Ya Allah..terima kasih untuk segala rasa ini..

Ya Allah terima kasih untuk segalanya..

Lepas tu capai hp, nak snap picture la katakan.hehe. lepas tu teringat nak sampaikan berita gembira kat kawan, terus mesej dia. send macam ni je, “ ^_______^ “ Betapa saya nak cakap kat dia yang saya sekarang sedang bahagia dan tersenyum lebar-lebar. Dan bila dia reply cakap tahniah, saya rasa macam bertambah-tambah rasa bahagia tu. Lepas tu, sebaik sahaja keluar banquet, terserempak ngan kawan. Dia baru je lepas exam subjek Poli. Pastu salam dan peluk dia, pastu dia peluk saya erat-erat. Erat sangat-sangat. Lagi la tersentuh hati saya tengah-tengah habes exam ni. Huu. Saya rindu rumet saya =.=”

sejurus kertas exam di pungut, pic ni di ambil :)

Saya tidak ada apa nak cakap. Saya dah berusaha sehabis daya saya. Sekalipun tak dapat A, saya takkan hampa. Saya tahu usaha saya. Dan yang penting ilmu yang saya dapat tu. Bimbang kalau dapat A tapi ilmu tu tak guna dan dilupakan. Kalau boleh nak ia terus-terusan mengalir. Jangan lupakan macam tu je tau apa yang kita pernah belajar ni. Rugi. Sangat rugi.

pen ni nak habes ink.biasanya satu pen akan habes cukup2 sampai last day.agaknya sebab ada mcQ kot.dulu dua  batang pen habes ink time buat latihan statistik.tu sem paling banyak guna pen.heee :D

Kamu, dia awak, mereka…

Terima kasih atas segala dorongan, semangat, dan ucapan serta doa.

Terima kasih untuk segala bantuan.

Terima kasih for being there when I’m lost.

Terima kasih temankan saya release tension.

Terima kasih bagi hadiah kat saya sebab taknak bagi saya sedih.

Terima kasih bagi coklat sebab nak bagi saya berusaha.

Terima kasih bagi nota cinta untuk mendorong saya.

Terima kasih bagi surat cinta untuk menghiburkan saya.

Terima kasih atas kiriman sms yang menjadi penguat saya.

Terima kasih atas perbualan telefon yang menceriakan saya.

Terima kasih dengan setiap doa yang dihulurkan.

Terima kasih buat kamu, dia, awak dan mereka.

Terima kasih.

Saya sayang semua.

Semakin hari semakin sayang sahabat-sahabat saya ni.

Hanya Allah mampu balas segala budi dan jasa kalian.

ini coretan selepas jawab exam.3minit nak habes masa. dapat baca x? sengaja buat besar2 gambar ni :)

Semoga Allah redha. Jumpa lagi semester depan. Masa tu maybe saya dah masuk 3rd year kot. Cepatnya masa berlalu. Semakin menuju kematian~

Selamat menghabiskan cuti kali ni. Saya? Mahu bersama keluarga untuk beberapa hari yang ada ini. Mahu bercinta dengan keluarga untuk beberapa hari yang ada ni. Mahu bersama mereka. Saya rindu keluarga saya. ;’)


Nota hati: Tinggalkan fb. Cuti ni masa dengan family je. ;’)

Nota hati 2: Jangan cari saya kalau tak rindu.

Nota hati 3: baca blog sudah kalau rindu =P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...