إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب
(An-Nasr: 1-3)
Followers
Cognitive Psychology 3
Selesai.
Lega.
Penat? Tidak.
Saya mahu senyum.
10 January 2012.
Akhirnya tiba jua tarikh yang saya nantikan. Penat tunggu gap exam yang panjang. Penat. Amat lah. Alhamdulillah gap yang panjang ni memberi masa yang sangat banyak untuk saya study the most toughest subject. Rasa macam ni first time study awal-awal. Awal seminggu pulak tu. Sampai malam sebelum exam, saya dah tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak baca apa.
Resah gelisah. Walaupun semua dah hadam, semua dah faham tapi saya masih resah gelisah. Risau takut tak dapat jawab exam. Sebab madam dah pesan, ni soalan critical thinking. So, sebanyak mana say abaca dan mengulang pun, kalau saya tak berfikiran kritikal, memang tak dapat jawab lah kan.
Pagi lepas subuh, masih lagi rasa resah. Nak tak nak saya paksa diri juga untuk revise lagi subjek ni. Lepas tu cakap telefon ngan ayah sekejap. Around 7:45 pagi dah habes revise. Tak lama lepas tu terlelap di meja. Haish~~ memang susah bila study awal minit ni. Rasa macam dah takleh nak baca dah.
Sampai la waktu tengahari. Paksa diri jugak berteleku si meja belajar. Tak tengok takut. Tengok pun takut. Haiyaaa~~ apa lah nak jadi. Makan? Memang tak. Errr..memang habit saya. Tak pernah makan time exam. Kebiasaannya habis je exam, memang laju je balik. Sebab apa? Semata-mata nak isi perut. Lapar. :(
Exam pukul 3petang. Jam 2:35 saya bergerak dari Mahallah. Tengah jalan nak ke Foyer 1 CAC, saya nampak dia. Dia. Yea, dia. Dia itu sahabat saya. Pendorong impian. Penguat semangat tuuu ;p Saya nampak dia tapi saya buat-buat tak nampak sebab jauh dan saya rasa macam berserabut sebab time tu rasa macam memory loss. Rasa macam lupa apa yang saya baca.
Sampai je depan Foyer 1, terus sahaja masuk. Malas nak fikir panjang dah. Ambil seat dan tenangkan diri.
“with Bismillahirrahmanirrahim, you may start now”
Bukak soalan. Senyum.
Ada soalan yang saya duga. Namun ada satu soalan yang langsung tak expect. Hee takpe, berusaha selagi termampu dan selebihnya berserah pada yang di atas sana. Selesai jawab exam, terus meluru balik. Nak solat dan lapar. Sangat lapar. =)
Syukur sangat Cognitive Psychology (PSYC 3030) sudah berlalu pergi. Kena focus untuk subjek esok dan lusa pula. Esok Fiqh. Tak boleh main goreng-goreng bila jawab soalan. Bila salah hukum, confirm la salah terus. Jadi, berusaha hadam Fiqh untuk malam ni. Berusaha revise Fiqh untuk sebanyak mungkin. Maybe boleh curi-curi revise Research Method jugak kalau Fiqh dah habes. Heee.
Doakan saya untuk 3 subjek lagi yang menanti.
Doakan ketenangan buat saya, supaya saya tidak resah gelisah lagi.
Oh yea, saya dapat merasa hujan 2 hari yang lalu. Syukur sebab Allah masih izinkan saya merasa nikmat hujan.
Itu sahaja.
Semoga berjaya, semua! ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment